in

Jangan Main Potong Je! Tips Gaya Rambut Untuk Lelaki Mengikut Bentuk Muka

Cover 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rambut sering kali dianggap sebagai mahkota wanita. Buat kaum lelaki juga, rambut memainkan peranan yang sangat penting. Jika potongan dan gaya rambut seseorang itu kelihatan kemas, maka lelaki itu akan kelihatan kacak dan menarik. Jika tidak, maka sebaliknya akan berlaku.


Bila tiba di kedai gunting rambut, kaum lelaki kebiasaannya akan menunjukkan gambar gaya rambut contoh yang dimahukan. Buat kaum lelaki yang malas pula, mereka akan menyuruh tukang gunting mengikut gaya rambut yang sedia ada sahaja.

Namun tahukah anda, kita dinasihati untuk tidak sewenang-wenangnya menggunting rambut mengikut kehendak sendiri. Sebagai contoh, anda mungkin akan minat dengan gaya rambut pompadours, tapi boleh jadi gaya rambut itu akan membuatkan muka anda kelihatan panjang dan kecil. Untuk itu, lelaki dinasihati untuk memotong rambut mengikut bentuk muka sendiri.

Jenis bentuk muka

Terdapat 7 jenis bentuk muka yang wujud, anda yang mana satu?

All

1. Segi tiga
2. Bujur
3. Bulat
4. Oblong
5. Diamond
6. Petak
7. Hati

Gaya rambut untuk setiap bentuk muka:

1. Bentuk bujur

Bentuk muka bujur boleh menggayakan pelbagai gaya rambut dan panjang yang berbeza. Memandangkan kebanyakan gaya rambut adalah sesuai untuk bentuk muka ini, jadi individu dengan muka bujur boleh menggayakan apa sahaja gaya mengikut pilihan sendiri.

Bentuk muka bujur juga sesuai dengan potongan buzz dan botak.

Bujur

2. Bentuk petak

Wajah berbentuk petak di sini bukanlah bermaksud individu tersebut merupakan keturunan Adudu dalam siri BoBoiBoy. Individu dengan bentuk muka ini kebiasaannya memiliki garis rahang (jawline) yang tajam.

Bentuk muka ini sesuai untuk menggayakan pelbagai jenis rambut, jadi jangan takut untuk bereksperimen dengan gaya rambut yang berbeza. Namun, anda disarankan untuk menggayakan rambut dengan potongan yang panjang.

Square

3. Bentuk hati

Antara individu yang memilik bentuk muka seperti hati ialah Leonardo Di Caprio. Mereka dengan bentuk muka ini perlu mengimbangi bahagian atas muka iaitu rambut dan bahagian bawah, iaitu jambang.

Berikut adalah contoh yang sesuai:

Heart

4. Diamond

Mereka dengan bentuk muka diamond kebiasannya boleh dilihat pada model. Bahagian sisi rambut berfungsi dengan baik untuk lelaki dengan bentuk muka ini, jadi pastikan rambut anda ada tekstur dan sedikit berantakan.

Diamond

5. Bentuk bulat

Mereka dengan bentuk muka bulat perlu mencipta sudut atau bentuk, memandangkan wajah bulat secara semula jadi kurang dari segi dimensi.

Untuk membuatkan wajah anda kelihatan panjang, cuba gayakan rambut dengan lebih panjang pada bahagian atas, dan pendek pada bahagian sisi. Jenis rambut pompadours kebiasannya popular buat mereka dengan bentuk muka bulat.

Round

6. Bentuk oblong

Untuk memilih gaya rambut, anda perlu fokus kepada gaya rambut yang tidak membuatkan wajah anda kelihatan panjang. Gaya rambut pompadour tidak digalakkan buat individu dengan bentuk muka oblong, jadi anda perlu memilih gaya rambut yang lebih seimbang tanpa terlalu banyak perbezaan antara sisi dan bahagian atas rambut anda.

Oblong

So, mana satu bentuk muka anda?

Kredit: The Trend Spotter

BACA: Semua Syampu Boleh Hilangkan Kelemumur? Ini 5 Mitos Tentang Rambut Yang Ramai Percaya Hingga Kini

Xxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.