Bila bulan Ramadan ni, boleh dikatakan lebih meriah kalau kita masak sendiri juadah untuk berbuka kan? Puas pun puas!
Tak boleh dinafikan, bila dah selalu sangat ‘berperang’ kat dapur, akan ada masa-masanya kita nak beli je makanan dari luar atau guna perkhidmatan rider untuk hantar terus juadah ke rumah.
Memang tak menang tangan, lagi-lagi nak dekat dengan waktu berbuka. Macam satu kisah yang dikongsikan di Twitter oleh pemilik @feona___ sampai dapat pujian orang ramai disebabkan tindakannya.
https://twitter.com/feona___/status/1518198848459776000
“Serba salah aku order”
Difahamkan gadis ini memesan makanan ketika orang tengah berbuka puasa menyebabkan makanannya lambat untuk siap kerana ramai pelanggan di kedai tersebut.
Dek kerana rasa serba salah memesan makanan ketika ‘peak hours’, gadis ini segera bertanyakan kepada pakcik yang menggunakan khidmat Grab tentang keadaan dirinya sama ada telah berbuka puasa ataupun belum.
Lepas menerima balasan mengatakan dia belum berbuka, gadis ini segera meminta pakcik tersebut mengambil nasi goreng yang dipesan sebagai juadah untuk berbuka atas niat sebagai belanja.
“Buat isi perut”
Walau bagaimanapun, pakcik itu terlebih dahulu menolak tawaran tersebut sebab ingatkan gadis itu marah kerana lambat sampai sebelum menegaskan bahawa dirinya boleh menghantar makanan selepas minum air untuk berbuka.
Namun, selepas gadis itu menjelaskan bahawa dirinya ikhlas untuk berikan nasi gorengnya, ini respon pakcik tersebut…
Pengguna-pengguna Twitter yang lain turut mengatakan bahawa tindakan baik hati gadis ini yang tak cepat melenting seharusnya dicontohi ramai apatah lagi bila dah mula masuk 10 hari terakhir Ramadan ni.
Suka min tengok cara reply dua-dua belah pihak… Tenang je baca! Hehehe…