Kat pasaran sekarang ni kita boleh tengok pelbagai jenis tudung yang dijual, sama ada secara online atau pun di kedai-kedai.
Malah tudung yang dijual juga bermacam jenis, yang paling kerap kita dengar tentunya jenis instant (sarung), bawal dan shawl.
Jarum peniti dan pin merupakan ‘benda’ terpenting bagi seorang wanita yang memakai tudung, supaya tudungnya kelihatan terletak.
Namun pernah tak korang terfikir bahaya yang boleh korang dapat sekiranya korang cuai menggunakan jarum peniti dan pin, seperti perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di facebook semalam.
https://www.facebook.com/chaku/posts/10157821461618351?__xts__[0]=68.ARC52rJUT6g0mHxyEIl77SP5RdICsKypvI6yt6eUe0xAFnyHYlzvkFQFy4kgdl5nHbgXEFt5qm0ghVroyxLgUQZQ6gMEFA35qbx4FCtz4NO_8b8ZFycBM92rL54mynoKggJSzX8tXtLcFFF6GF-RkxpWoOxFkrAs4ziSkSyB6JmS8SKYqSjUESPgSrJv__MsON6lhHP4U0GWLXlFlg&__tn__=-R
Sebenarnya penulis pun pertama kali dengar kes yang Dr Kamarul kongsikan ini. Malah penulis pun tak sangka yang pin atau jarum peniti boleh sampai ‘tersangkut’ kat paru-paru.
Semalam team Respiratory UKMMC keluarkan sebatang pin dari paru-paru kiri seorang wanita melalui prosedur rigid bronchoscopy. Ngeri!
Tahu tak macam mana pin ni boleh masuk ke situ?
Wanita ini terhela pin yang di kepit di bibir semasa pakai tudung. Lazimnya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas, atau terlucut dari bibir ketika gayakan tudung.
Kes macam ni bukan pertama kali berlaku kerana ramai wanita lakukan perkara yang sama ketika memakai tudung/hijab/shawl.
Oleh itu, tak usah lagi kepit pin di bibir.
Macam mana ngeri tak? Apa-apa pun penulis nak ucap tahniah dan terima kasih kat team Respiratory UKMMC kerana berjaya selamatkan wanita ni.
Rupa-rupanya selidik punya selidik, ini bukan kejadian pertama yang pernah berlaku. Netizen sendiri kongsikan kisah mereka pernah ‘tercekik’ benda sama waktu pakai tudung.
Kepada wanita diluar sana berhati-hati lah yer masa nak pakai tudung tu.
Baca : Eden banggo! Anak Jati Nogori Cipta Tudung Pakai Buang Untuk Pembedahan, PERTAMA di Dunia!