Sekitar Oktober lalu, pempengaruh bernama Syamimia mendapat kecamam hebat daripada netizen apabila dia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu Palestin di media sosial.
Perkara itu telah memberi kesan kepadanya apabila bilangan pengikutnya di TikTok menurun walaupun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagaimanapun, baru-baru ini Syamimia mendakwa dirinya masih diperli oleh segelintir pihak yang masih kurang senang dengannya berhubung isu terbabit.
Artikel berkaitan: “Takut kena banned ke?” – Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin
Artikel berkaitan: Syamimia Muat Naik Permohonan Maaf Di IG, Akui Kurang Peka Isu Palestin & Patung David
Syamimia menerusi hantaran di Instagram menceritakan bahawa dia dipanggil sebagai ‘Israel dan neutral’ oleh segerombolan lelaki ketika sedang bercuti di Pulau Pinang.
Kesal perlian yang diterima, Syamimia memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan fitnah terhadap dirinya yang tidak secara langsung mencemarkan imejnya.
View this post on Instagram
“Saya mohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti sebarkan fitnah yang mengatakan saya menyokong Israel, duta Israel, neutral, mencemarkan imej saya.
“Derma wang, solat dan doa telah saya lakukan sebanyak mungkin untuk saudara saya di Palestin.
“Adakah usaha kecil saya untuk Palestine dan posting ini dikira tidak mulia di mata manusia?,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Syamimia menjelaskan video tular yang melibatkan kenyataannya berkenaan konflik di Gaza itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya tidak pernah berkata saya neutral & menyokong Israel di sebuah video LIVE permohonan maaf saya bulan lalu. Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang ‘penting’ sahaja untuk dijadikan sebuah cerita,” katanya.
Dalam pada itu, Syamimia berjanji akan menggunakan pengaruhnya sebaik mungkin tentang Palestin dan adab sopan.
Sumber: Instagram