Sudah menjadi kebiasan penyampaian anugerah dalam seni hiburan tanah air adalah antara acara tahunan yang seringkali dilangsungkan secara gilang gemilang.
Meskipun sedang dilanda virus Covid-19, acara hiburan tetap diberi peluang serta menjadi tumpuan ramai peminat.
Namun bagi Anugerah Meletop Era (AME) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam nampaknya mendapat tumpuan dari lebih ramai peminat pada tahun ini.
Bukan sahaja pakaian selebriti tanah air yang menjadi tumpuan peminat, namun nampaknya ada highlight lain yang berjaya mencuri spotlight anugerah tersebut.
Kamal Adli ambil langkah berani mati
Diganding bersama sebagai penyampai anugerah, Kamal Adli yang kini dikaitkan dengan pelakon Uqasha Senrose dikatakan mengambil langkah berani mati dengan melamar kekasihnya itu dihadapan peminat serta artis ketika anugerah tersebut ditayangkan secara langsung.
Menjadi pasangan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tindakan Kamal Adli melutut untuk melamar Uqasha pada mulanya dianggap sebagai promosi kepada drama lakonan bersama mereka.
Namun ternyata, Kamal yang sering dilihat mudah bergurau itu kali ini dikatakan serius untuk memikat hati kekasihnya.
Jangan cakap no lah
Mungkin dek kerana terkejut dilamar Kamal Adli secara live, Uqasha Senrose dilihat tergamam pada mulanya menyebabkan Kamal sempat berseloroh dan mengulang lamarannya.
Kali ke dua lamaran ditanyakan, Kamal dilihat mengeluarkan sebentuk cincin berlian bagi menunjukkan yang dirinya serius mengenai perkara tersebut.
Dalam menahan rasa gementar menunggu jawapan lamaran tersebut, sempat lagi Kamal mengusik Uqasha dengan memintanya untuk tidak menolak lamaran tersebut.
Jangan cakap no lah, kalau cakap no macam malu sikit
Tapi sudah tentu sekali, lamaran Kamal Adli pastinya akan diterima oleh kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu.
Sejurus menerima lamaran tersebut, kedua-dua mereka dilihat malu-malu meninggalkan pentas tersebut.
Aduhai comel betul, kalau min dekat tempat Uqasha pon mesti terdiam juga. Terkejutlah dilamar depan orang ramai. Apa-apa pun min doakan kedua-dua pasangan dipermudahkan urusan untuk melangsungkan perkahwinan nanti…
Baca : Sweet Teroxx! Wujud Hashtag #Uqamal, Netizen Spekulasi Uqasha Senrose Bercinta Dengan Kamal Adli?