in

“Jangan buka! Sihir tu” – Adik Beradik Ini Ziarah Pusara Parents, Terkejut Jumpa ‘Botol Berisi Kapan’ Dekat Kubur Bapa

Featured Image Kubor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin ingat bila dah masuk tahun 2020 ni, pemikiran manusia pun semakin ke hadapan seiring dengan perubahan zaman. Tapi, ada juga segelintir masyarakat yang masih mempercayai perkara khurafat dan meminta bantuan selain dari pertolongan Allah.

Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai kisah seorang lelaki bersama-sama adik beradiknya pergi menziarahi pusara ibu bapa mereka dan terkejut apabila menjumpai botol aneh berisi kain kapan di pusara bapanya.


Menurut @iewanR2, pada mulanya tiada perkara aneh kelihatan di pusara bapanya itu sehinggalah kakaknya secara tidak sengaja ternampak ada botol kecil di sebalik batu marmar di pusara bapanya itu.

Enljgaluwambzdz
Sumber: twitter

Mereka juga tidak membuat sebarang andaian pada mulanya kerana botol itu di timbusi dengan pasir serta batu marmar dan hanya boleh nampak apa isi dalamannya apabila ia dibersihkan.

Nak tahu juga apa ada dalam tu!

Oleh kerana perasaan ingin  tahu yang tinggi, Iewan memberanikan diri basuh botol tersebut untuk mengetahui apa kandungan botol itu.

Alangkah terkejutnya mereka apa bila mendapat tahu terdapat gulungan kain kapan dalam botol tersebut setelah ia bersih.

Enlkjpdu8Aan0Zx
Sumber: twitter

Namun, nasib baik Iewan tidak membuka botol tersebut. Dia mengambil langkah selamat dengan membaca ayat suci Al Quran serta selawat sebelum membuang botol tersebut ke tempat lain.

Tapi apa yang masih menjadi persoalan, kenapa botol itu diletakkan di atas kubur bapanya.

Kalau di berdegil juga buka botol tu, tak tau lah apa jadi kan.

Namun begitu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang seakan-akan sama dimana rakannya telah dirasuk dan diganggu makhluk halus akibat membuka botol aneh yang di jumpai.

Rata-rata netizen juga menyarankan supaya Iewan tidak membuka dan mengabaikan sahaja botol itu. Mereka percaya bahawa botol itu mempunyai unsur sihir dan khurafat.

Kubo 2
Sumber: twitter
Kubo
Sumber: twitter

Sepatutnya, dah masuk tahun 2020 ni, benda khurafat macam tu pun patut di tinggalkan. Bukan je syirik, tapi berdosa besar bagi sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Kalau ada yang tak puas hati, kan lebih elok jumpa dan berdepan secara lebih matang. Apa pun, admin doakan keluarga ni sentiasa dalam lindungan Nya.

 

Baca: “Dok pi tapi asyik tak bukak ja rupanya..” – Kedai Burger Terkenal Di Perlis Kena Sihir, Owner Jumpa Telekung Lusuh Depan Pintu Masuk

Oig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.