Sejak beberapa bulan yang lepas, kita memang selalu bergantung kepada kit ujian kendiri untuk periksa sama ada kita dijangkiti virus Covid-19 atau pun tidak.
Tapi, sejak akhir-akhir ni macam ramai pulak dengar orang mengadu tentang test kit yang ada di pasaran macam tak boleh dipercayai. Mana taknya, bila check dengan jenama ini negatif, jenama yang itu pula positif, mana satu ni?
Baru-baru ini menerusi Twitter peribadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberitahu bahawa pihaknya telah mendapat beberapa aduan berkenaan perkara ini.
Disebabkan ini, pihak berkuasa peranti perubatan (MDA) telah menguji 22 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang ada di pasaran.
Hasil dari pemeriksaan, setakat ini sebanyak 12 keputusan telah diperolehi dari ujian tersebut dan mendapati dua jenama kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
Kelulusan dua kit ini digantung serta merta.”
Saya telah menerima beberapa aduan berkenaan kit ujian kendiri COVID-19 yang ada di pasaran. MDA telah menguji 22 jenama. Setakat ini, 12 keputusan telah diperolehi dan mendapati 2 kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan. Kelulusan 2 kit ini digantung serta-merta. pic.twitter.com/svwbHNRcKv
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 11, 2022
Untuk pengetahuan korang, dua kit ujian kendiri tersebut adalah dari jenama Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad.
Pembatalan ini dibuat kerana establismen tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa SERTA-MERTA.
MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.
Make sure korang take note tau. And jangan lupa buat ujian kendiri ni sebelum jumpa kawan-kawan atau keluarga.
Baca: Pelepasan Cukai Sehingga RM 1,000 Untuk Kit Ujian Kendiri & Vaksinasi Covid-19