in

“Jam je dah 85K” – Gaya Street Style Cik B Hampir Mencecah RM120 Ribu!

ft cik b

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal Cik B, satu-satunya anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang kini mula menempa nama sebagai pelakon.

Semakin hari Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau Cik B semakin meningkat dewasa dan mempunyai citarasanya yang tersendiri dalam berpakaian.


Baru-baru ni Cik B viral dengan penampilan barunya yang dilihat semakin ke arah kewanitaan, maklumlah dah menginjak remaja kan…

Tapi tu tak bermakna Cik B dah tinggalkan gaya street style yang cukup sinonim dengan gadis itu.

 

Ternganga tengok harga outfit Cik B

Menerusi perkongsian gadis itu di akaun Twitternya, Cik B menggayakan street style yang semakin popular di kalangan remaja sekarang.

Nampak in trend dan fresh pemilihan pakaian yang digayakan itu sesuai dengan nama Twitternya, Cik B Havoc!

Tapi yang menjadi buah mulut ramainya  apabila Cik B turut berkongsikan jenama pakaian tersebut sera harga barangan itu. 

Paling murah pun min tengok bucket hat dia, tu pun dah RM160!

Bila dikira-kira semua pakaian yang disarungkan oleh gadis itu dari head to toe, harga street style itu mencecah RM120 ribu! Patutlah kecoh!

 

Tawar diri untuk bekerja

Melihat perkongsian itu, ramai di antara netizen yang berseloroh menawarkan diri untuk bekerja dengan gadis itu. Ada pula yang sampai sanggup jadi kucing!

capture 1 1

Wah lepas tengok hari outfit Cik B, bukan main ya semua!

Tapi biasalah, streetwear ni nampak je simple tapi harganya memang hmm. Terpulanglah kepada si pemakaikan, asalkan selesa, pakai je la….

Baca : Aku tengok pesen orang lain lagi teruk, tak ada mengata pun Dato Seri Vida Bengang Netizen Kutuk Fesyen Cik B

unnamed file

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.