in

Jalan Raya Baru Siap Di China Ada Lebih 200 Selekoh, Ada Bran Nak Mencilok?

Jalan Panlong Purba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cabaran yang penuh keterujaan.

Begitulah kata seorang pemandu mengenai pengalamannya semasa melalui sebuah jalan raya baru siap dibina yang mempunyai lebih 200 selekoh di China.


Pamir Sky Road2 750x421 1 e1656208675303

Portal DailyMail melaporkan, jika dilihat dari udara, Jalan Panlong Purba di Barat China berbentuk seakan-akan seekor naga dengan selekoh tajamnya yang banyak.

Jalan sepanjang 75 kilometer itu terletak di daerah Taxkorgan Tajik, wilayah Xinjiang telah menjadi bualan hangat pengguna internet serata dunia selepas gambarnya dikongsikan.

Mula dibuka pada Julai 2019, jalan yang berada pada ketinggian 4,200 meter itu digambarkan menjadi idaman pemandu tegar dan mungkin merupakan mimpi ngeri bagi mana-mana individu yang mabuk kenderaan.

Pamir Sky Road 750x421 1 e1656208718438

Pada awal pembinannya, Jalan Panlong Purba itu dibina dengan tujuan untuk memberikan laluan melalui Pergunungan Kunlun buat petani dan pengembala tempatan.

Pun begitu, jalan terbabit kini menjadi salah satu tarikan pelancong di Barat China. Menerusi internet, pelbagai ulasan telah diberikan pengguna yang sudah melalui jalan terbabit dan rata-ratanya menulis Jalan Panlong Purba itu mempunyai pemandangan yang tiada tandingan dan jalan raya itu sendiri pula penuh cabaran.

Meskipun begitu, pihak berkuasa tempatan ada mengeluarkan amaran supaya pemandu yang menggunakan jalan terbabit supaya berhati-hati semasa memandu pada waktu hujan atau bersalji. Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berkemungkinan berlaku di kawasan itu.

 

Sumber: DailyMail

Baca: “Silap sikit jatuh gaung” – Kenali 7 Jalan Raya Paling Berbahaya & Mengerikan Di Dunia!

collage 51 e1656207522674

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.