Sebelum ni, ramai juga orang yang cuba buat anggaran tentang pendapatan pasangan YouTuber suami isteri Sugu Pavithra ini. Malah, siap ada orang cakap yang dorang bakal dapat RM144,000 dari YouTube.
Namun akhirnya pertanyaan orang terjawab bila S Pavithra dan suaminya M Sugu mendedahkan jumlah sebenar wang yang dia terima dari Google ketika ditemubual oleh Harian Metro beberapa hari lepas.
Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu.”
Tambah Pavithra, niat asalnya membuat channel YouTube yang kini menjadi kegemaran orang ramai ini hanyalah untuk bantu suaminya yang bekerja di ladang dan hanya mendapat pendapat sebanyak RM1,000 sebulan.
Netizen menganggap, bayaran yang diterima oleh Sugu ini adalah berkat dari niatnya kerana nak tolong suami.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang risau dengan pendedahan ini…
Baca: “PM pun support” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Sugu Pavithra Terima Hadiah Dari Perdana Menteri