Baru sahaja memulakan proses pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk di United Kingdom (UK), sudah ada pihak yang cuba untuk memalsukan penerimaan vaksin tersebut.
Kegiatan itu mula diketahui apabila kad penerimaan vaksin yang dijual dengan harga serendah 5 pound sterling (RM27) di aplikasi Tik Tok.
Menyerupai kad asli
Dengan harga serendah RM 27, kad kesihatan itu mengandungi butiran diri seperti, nama penerima, nama vaksin, keluaran dan tarikh diterima seperti yang tertera pada kad yang asli.
Kad palsu itu turut didatangi dalam dua warna iaitu, biru dan putih yang menyerupai kad yang diterima oleh penduduk UK.
Lebih licik lagi, pihak tidak bertanggungjawab ini memilih untuk mengeluarkan kad tersebut pada minggu yang sama UK melancarkan program vaksinasi bagi vaksin Pfizer/ BioNTech.
Tapi dah nama pun palsu, kad tersebut mempunyai sedikit perbezaan dari segi warna dan teksnya berbanding kad yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
Sungguhpun pautan kepada jualan kad tersebut telah dipadam, kad palsu tersebut dikatakan muncul di Tik Tok serta dihubungkan ke halaman Spotify lapor Harian Metro.
Penularan penjualan kad palsu itu mengundang kritikan ramai yang khuatir akan membuka ruang kepada aktiviti pasaran gelap jika premis perniagaan seperti pub, teater dan restoran menggunakannya.
Tak faham betul lah, susah sangat ke nak ambil vaksin tu…