Kebelakangan ini, terma ‘muka awam’ sering digunakan di media sosial bagi mengukur rupa fizikal seseorang. Muka awam ini dalam kata lain ialah muka kebiasaan atau tempatan.
Terbaru, tular gambar pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Nadhir Nasar serta Meerqeen yang dimuat naik oleh seorang netizen.
Artikel berkaitan: “Rezeki tu datang dari Tuhan” – Nadhir Nasar Lantang Sokong Palestin, Tak Risau Kerja ‘Tersekat’
Artikel berkaitan: “Jangan ada yang api-apikan” – Meerqeen Selar Kontroversi Amir Ahnaf ‘Rampas’ Anna Jobling
Wehhh i jumpa nadhir & meerqeen. Helok ngattt. Tak sombong langsung? pic.twitter.com/oJfvjfP1kS
— ɥɐbıɐɟ (@faiqahrafee) December 13, 2023
Pun begitu, walaupun ciapan itu kelihatan harmless dan tidak mengutuk mana-mana pihak, ada seorang netizen yang mengeluarkan kenyataan kedua-dua mereka ini sebenarnya mempunyai ‘muka awam’.
Selepas ciapan itu tular, pelakon yang juga sedang meningkat naik iaitu Amir Ahnaf mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ‘muka awam’ ini.
Nak tahu satu sesuamthing tak, Mierul pernah borak dengan Amir,
muka awam kita ni iaitu melayu,
akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.Kerana dalam kehidupan kita seharian ni memang tak lari daripada realiti.
Hari hari kita tengok rupa orang awam, https://t.co/wFUR0CsaME— Amir Ahnaf (@amirrahnaff) December 14, 2023
“Muka awam kita ni iaitu melayu, akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak. Kerana dalam kehidupan kita seharian ni memang tak lari daripada realiti.
Hari hari kita tengok rupa orang awam, jadi kita dah terbiasa. Bila dah terbiasa, otak akan setting sebegitu rupa.
Which is a good thing, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter,” tulisnya.
Dalam ruangan reply ciapan berkenaan, Nadhir Nasar juga bersetuju dengan kenyataan rakan selebritinya itu.
Sebenarnya, dipanggil “muka awam” tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca tv adalah satu compliment. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!
— Nadhir ??? (@NadhirNasar) December 14, 2023
Sebenarnya, apa muka awam ni eh?