Semalam, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan esok, 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia dan akan disambut pada setiap tahun.
Menurut Ismail Sabri, tarikh tersebut dipilih bagi memberi penghormatan kepada arwah Tun Endon Mahmood isteri kepada perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah mempromosikan industri batik Malaysia ke persada dunia.
Pada 3 Disember 2003, beliau telah mengambil inisiatif untuk membawa batik tempatan ke pentas dunia.”
“Sila tukar tarikh lain”
Bagaimanapun, ada ramai netizen yang tak setuju dengan pemilihan tarikh ini dan menggesa agar ia ditukar ke tarikh lain.
Ini kerana, tarikh 3 Disember yang dipilih tersebut merupakan tarikh yang sama bagi sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia.
Melalui media sosial, ramai yang meminta agar tarikh ini tak disamakan dengan Hari OKU Sedunia bagi memberikan kesedaran serta sokongan kepada golongan OKU.
Mungkin kerajaan boleh gubal semula kot tarikh ni dan fokuskan 3 Disember untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang golongan OKU. Min ingatkan Hari Batik Malaysia setiap hari Khamis, bukan eh?
Sumber: Coconuts.co, Twitter