Penyanyi, Noh Salleh menghadiri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, bagi prosiding sulh yang difailkan bekas isterinya, Mizz Nina bagi hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.
Walau bagaimanapun, Kosmo! melaporkan bahawa Mizz Nina tidak dapat hadir sebaliknya mewakilkan suaminya Muhammad Essam.
Suami Mizz Nina menjelaskan kepada pihak media bahawa kanak-kanak tidak sepatutnya diambil daripada penjaga mereka tanpa kebenaran.
Artikel berkaitan : “Tiada sebarang insiden perebutan” – Noh Salleh Tepis Dakwaan ‘Culik’ Anak
Artikel berkaitan : Lepas Isu Dedahkan Wajah, Noh Dianggap Tidak Sensitif Dedahkan Nama Penuh Anak Angkat Pula
Tegasnya lagi, isterinya itu mempunyai hak penjagaan penuh untuk anak angkat, Musa. Selain itu, Muhammad Essam juga menegaskan bahawa nama penuh Musa yang didedahkan sebelum ini adalah tidak benar.
“Nama Musa yang digembar gemburkan di Internet sebelum ini bukanlah nama sebenar Musa, dia (Noh) telah memberikan satu info yang tidak sahih di Internet, dan saya tak akan mendedahkan nama penuhnya di sini kerana kami haris lindungi Musa. Kami harus lindungi identiti, nama, dan segala maklumat di khalayak ramai.”
@ohbulanofficial Replying to @Lailaejam Nama anak Mizz Nina sebenarnya buka Musa apa yang didedahkan oleh Noh Salleh 😨😨#mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh #essammuhammad
Dalam pada itu, Noh menjelaskan kepada pihak media bahawa dia mengahrapkan jalan penyelesaian yang terbaik. Terdahulu, Nina telah mendakwa bahawa bekas suaminya, Noh telah membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.
Mizz Nina menegaskan bahawa perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi dia sebagai ibu susuan kepada Musa dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.
Nina sebelum ini mendakwa kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.
Sementara itu, Noh menegaskan bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.