in

Isu ‘Smiggle’: Walaupun Dianggap Marketing, Ibu Bapa Dinasihat Tak Manjakan Anak Dengan Barang ‘Branded’

fi smiggle 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja masuk hari keempat sekolah dibuka, banyak cerita yang telah dikongsi. Ada cerita sedih, ada juga cerita kelakar. Tetapi perkongsian yang tular kali ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan membuka mata para ibu bapa dalam mendidik anak.

Berkenaan isu pelajar sekolah didakwa telah disisih rakan kerana tidak memakai beg berjenama ‘Smiggle’ yang tular baru-baru ini, ada yang berpendapat isu sebegini pasti berlaku pada setiap kali musim sekolah dibuka.


Pun begitu, ia masih menjadi buah mulut dan perbincangan para netizen kerana dikatakan ia rupanya hanyalah satu marketing murahan sahaja. Tetapi, jangan tak percaya walaupun ia dianggap sebagai satu isu rekaan je, isu ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan realiti!

Oleh hal yang demikian, beberapa nasihat terhadap isu ini telah diberikan oleh para netizen yang prihatin di media sosial buat ibu bapa di luar sana.

Melalui perkongsian di laman Facebook oleh saudara Syed Azmi, dia berpandangan bahawa perlu kerapkan komunikasi bersama anak-anak di rumah. Hal ini kerana, menurutnya perbualan bersama anak-anak boleh mencorakkan pemikiran dan pemilihan mereka. Selain itu, Syed Azmi juga mengingatkan ibu bapa agar mengajar anak-anak untuk tidak bersikap diskriminasi.

https://www.facebook.com/721706477/posts/10158813717761478/?d=n

Di samping itu, ada juga perkongsian lain di Twitter yang memberi pendapat jalan penyelesaian agar ibu bapa tidak menekankan nama ‘brand’ barangan kepada anak-anak supaya mereka tidak terbiasa membeli barangan berjenama. Sifat yang boleh dianggap terlalu ‘manjakan’ anak-anak inilah yang boleh mencetuskan isu-isu seperti kes beg ‘Smiggle’ ni.

media smiggle 1

Walaupun isu ni ramai cakap sebagai marketing je, tapi kita anggap je lah ini sebagai peringatan dan nasihat untuk kita supaya tak didik anak-anak kita dengan sifat diskriminasi.

Baca: Kecoh Isu Murid Disisihkan Sebab Tak Pakai Beg Smiggle, Rupanya Hanya Marketing Murahan?

baca smiggle 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.