Lepas isu ‘keralatan’ AIA Insurans dalam melunaskan tanggungan suami wanita ini menjadi viral, pihak pengurusannya terpanggil, segera mengambil tindakan dan masalah ini telah pun selesai.
Menurut wanita ini, berlaku Misscommunication dan masalah teknikal telah terjadi pada pihak AIA sendiri. Ikuti penjelasannya disini.
Pihak pengurusan AIA dah minta maaf

Dalam masa 2 hari ia menjadi tular, ramai pihak yang tampil memberikan respon kepadanya, ada yang positf dan ada juga yang negatif.
Menurut wanita ini lagi, ada beberapa ejen datang memberikan bantuan. Setelah berhempas pulas menyelesaikan isu ini, atas ‘kuasa’ viral. Segala masalah yang melanda pada dirinya selesai dalam sekelip mata.
Pihak AIA telah menghubunginya untuk kerumah dan meminta penjelasan daripada mulutnya sendiri. Bahkan mereka juga memohon maaf diatas kesulitan yang terjadi menjelaskan perkara sebenar.
Kesulitan berlaku disebabkan…Ini cerita sebenarnya!

- Berkaitan isu back pain, AIA track the history medication records yang diambil kat clinic adalah merujuk pada lenguh tengkuk (R) masa suami aku accident dulu sebelum kawen. Dan BUKANNYA kes Compressed Disc (L) yang admitted di Oriental Medical Centre.
- Berkaitan isu jantung, AIA track the history tiada medication diambil dan tiada treatment dibuat sebelum admitted baru – baru ini di Mahkota Medical Centre. Kolestrol pun takde. Medical checkup Petronas every year CLEAN.
- Berkaitan isu policy laps. Ada 6 months laps dan reinstate selepas itu. Yang pasti ini bukan silap aku. I have all the payment transaction records due to this matter. Pihak AIA sedia maklum akan hal ni dan takpelah, aku leave it to AIA untuk ambil tindakan sewajarnya ke atas orang yang sepatutnya.
Isu dah selesai!

Apa pun pihak AIA telahpun membuat siasatan dan mereka bersetuju untuk bayarkan semua kos pembedahan suaminya.
Tapi ia bukan disebabkan isu ini menjadi viral, tapi suaminya berhak mendapat perlindungan ini. Ye lah dah bayar bulan-bulan kot!
“Untuk pihak AIA, thumbs up sbb SEGERA mengambil tindakan yang wajar berkaitan kes suami aku dan jutaan terima kasih kerana AIA telah memberikan hak suami yang aku tuntut selama ni.”
Secara langsungnya, suaminya tak perlu dikenakan potongan gaji untuk melunaskan hutang. Alhamdulillah

