fbpx
in

Isu Pelajar Jatuh Jambatan Cari Line Internet, MCMC Bina Menara Komunikasi

1Menara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala negara sedang dilanda pandemik Covid-19, semua aktiviti terpaksa dihadkan termasuklah pendidikan. Bagi meneruskan pembelajaran seperti biasa, kelas atas talian atau online dijadikan ganti. Walau bagaimanpun, bukan semua orang ada capaian internet yang baik untuk hadir ke kelas. Begitulah yang terjadi kepada beberapa pelajar yang cedera selepas jambatan gantung runtuh ketika menghadiri kelas di Kampung Gusi, Papar, Sabah


Susulan kejadian itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membina menara telekomunikasi bagi menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan berkenaan.

Screenshot 2020 11 29 At 1.42.58 Pm

Memetik laporan Astro Awani, mulai 15 Disember ini, perkhidmatan jalur lebar di Kampung Gusi akan dibekalkan oleh Syarikat Common Tower Technologies Sdn. Bhd. (CCT) melalui Terminal Satelit Apertur Sangat Kecik (VSAT)

Menurut MCMC, perkhidmatan disediakan anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd itu sebagai penyelesaian sementara kepada masalah capaian internet di kawasan berkenaan.
Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Pengurus Besar CTT mengesahkan pemasangan tersebut dan ia merupakan usaha tanggungjawab sosial korporat daripada pihak CTT.
Screenshot 2020 11 29 At 1.42.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top