Mengenai isu babak romantis antara dua pelakon lelaki dalam siri Stay Away From Me yang tular baru-baru ini telah menarik perhatian ramai pihak. Dari komen-komen netizen sehinggalah perkongsian peribadi dari penceramah iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Turut terpanggil dengan isu tersebut, JAKIM tidak berdiam diri dan terus bertindak dengan melaporkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam.
Menurut K! Online, JAKIM berkata tindakan itu telah dibuat selepas menerima arahan rasmi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama iaitu Ustaz Idris Ahmad pada Isnin lepas.
“Jakim amat memandang serius isu seperti ini dan sebarang isu lain yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat keluarga Malaysia khususnya umat Islam” – Ustaz Idris Ahmad
Ujarnya, dia mengharapkan agar pihak-pihak yang terlibat supaya lepas bersikap sensitif dengan budaya dan cara hidup penduduk di negara kita.
Bukan itu sahaja, pihak mereka juga meminta agar pihak tersebut tidak bertindak di luar batas dan nilai ketimuran yang sejak sekian lama dibudayakan dengan aman dan harmoni.
Sebelum ini, Ustaz Idris Ahmad menerusi postingnya di Facebook, beliau berterima kasih kepada pihak JAKIM kerana bertindak pantas dengan segera melaporkan isu ‘scene’ homoseksual yang viral baru-baru ini.
Katanya lagi, beliau akan sedaya upaya untuk mencuba yang terbaik supaya aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang negara dapat di sekat dan juga dapat membendung isu sosial yang sensitif di kalangan masyarakat kita.
Baru-baru ini dunia hiburan di negara kita hangat diperkatakan oleh netizen kerana terdapat babak-babak BL (boylove) antara dua pelakon lelaki dan juga kerana mereka merupakan pelakon yang masih berusia di bawah 18 tahun.
Baca: “Jangan bangga dgn dosa maksiat” – Penceramah Tegur Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me