fbpx
in

Isu 104 Ventilator Rosak: Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM & Pharmaniaga

kkm ventilator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu berita yang mengatakan sebanyak 104 ventilator gagal berfungsi ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Astro AWANI, isu itu tidak boleh dipertanggungjwabkan kepada mana-mana pihak kerana tiadanya perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB).


Artikel berkaitan: “Macam Covid tapi ada kaki” – Wabak ‘Bedbugs’ Serang Kota Paris, Ini Apa Yang Berlaku…

Artikel berkaitan: Nad Zainal ‘Ditidurkan’ Semula, Paru-Paru Belum Kuat Nak Bernafas Sendiri – Ungku Ismail

Menurut Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), tiada kontrak digubal antara KKM dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.

1
Gambar Hiasan

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawantankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu tersebut menyebabkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan.

Malah, PAC mendapati adanya percanggahan keterangan antara KKM dan PLSB berkaitan kewujudan waranti kesemua 136 ventilator.

“PLSB tidak menandatangani sebarang kontrak dengan pembekal serta memaklumkan kepada PAC bahawa semua dokumen pesanan pembelian dan dokumen sebut harga menunjukkan bahawa waranti ventilator adalah antara Kerajaan Malaysia dan pembekal.

PLSB hanya bertindak menguruskan penghantaran ventilator ke fasiliti KKM dan membantu KKM menghubungi pengilang untuk menggunakan waranti ventilator yang tidak dapat digunakan. Pihak KKM memaklumkan bahawa tiada waranti semasa pembelian ventilator oleh PLSB.

Waranti hanya diberikan oleh PLSB untuk ventilator yang dinaik taraf susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Perolehan Darurat yang diadakan pada 1 Sep 2020,” tulisnya.

Dalam laporan itu juga, didedahkan perbincangan, penilaian dan keputusan berhubung perolehan ventilator dengan cara yang berbeza iaitu menerusi WhatsApp kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta faktor terdesak situasi ketika itu.

Disebabkan situasi luar biasa yang dihadapi dunia ketika itu, perolehan darurat telah dilaksanakan untuk mendapatkan bekalan vaksin, ventilator, PPE dan lain-lain kelengkapan bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Laporan penuh boleh diakses orang ramai mulai hari ini di laman web PAC melalui pautan www.parlimen.gov.my/pac

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top