in

“Isteri tu hak kita” – PU Syed Seru Pengantin Henti Trend ‘Unboxing By Husband’

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral video yang menjadi trend terkini pengantin baharu di TikTok sehingga menjadi ikutan di kalangan wanita bertudung.

Kebanyakan video yang dinamakan ‘unboxing by husband’ ini menunjukkan pengantin baharu yang masih memakai busana pengantin di depan cermin sambil suami membuka aksesori yang terdapat di kepala pengantin.


Ekoran ini, pendakwah bebas PU Syed melalui Instagram peribadinya telah menegur sikap pengantin yang terikut-ikut dengan trend ini.

Menurut PU Syed, trend seperti ini adalah merupakan perkara bidaah dholalah dan turut menegaskan aurat adalah haram lebih-lebih lagi aurat isteri sendiri.

Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yg sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial!

Dedah aurat adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content² HARAM sebegitu semata² utk peroleh tontonan ramai!

https://www.instagram.com/p/CYiSXkfPQ_t/

Selain itu, PU Syed turut mengatakan yang video seperti itu adalah mengarut dan walaupun ramai pasangan muda di luar sana sering nak cuba benda baru namun mereka juga perlu patuh perintah Allah, lapor mStar.

“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.

“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka… tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.

“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata.”

Manakala netizen yang memberi komen di Instagram PU Syed juga turut bersetuju dengan teguran tersebut serta ada juga menganggap tindakan suami yang turut serta dengan trend ini sebagai jahil.

Screenshot 2022 01 10 At 4.37.07 Pm Down

Harapnya lepas ni tak ada lagilah yang ikut trend macam ni ya…

 

Baca: Bahana Trend ‘Nasi Paku’, Budak Terpaksa Dibedah Gara-gara Paku Masuk Perut

Screenshot 2022 01 10 At 4.49.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.