Wanita yang mengandung ni kadang-kadang adakalanya mereka akan mengidam sesuatu, so menjadi tugas suami untuk menunaikan ‘impian’ si isteri yang sarat mengandung.
Macam apa yang berlaku kepada seorang posmen ini. Kisahnya yang meminta buah mangga daripada pelanggan menerusi parcel yang dihantar menjadi viral dalam sekelip mata.
Ini kisahnya…
Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26 yang merupakan seorang posmen berkongsi cerita yang isterinya mengidam buah mangga yang fresh.
Pada ketika itu dia tiba-tiba teringatkan pokok mangga di salah sebuah rumah yang selalu dia hantar barang.
“Sebenarnya dah selalu hantar barang ke rumah itu. Saya pun ada nombor telefon pemilik rumah tapi tak terfikir nak hantar mesej.
“Sewaktu hantar barang ke rumah tu sekali lagi, saya tulis nota kat parcel untuk minta buah mangga.”
Katanya, keesokan harinya dia melalui lagi kawasan tersebut (sebab memang kawasan penghantarannya).
Namun ada sesuatu yang tak disangka-sangka…
Tiba-tiba ternampak ada kertas nota dilekatkan di peti surat, rupa-rupanya pemilik rumah itu balas nota saya, mereka nak bagi mangga dan dah letak siap-siap kat rak depan rumah”
Katanya dia sangat bersyukur kerana tuan rumah baik hati beri mangga untuk isteri.
Namun katanya sejak bekerja 2 tahun lebih sebagai posmen dan selalu menghantar barang ke rumah tersebut, namun sehingga kini dia masih tidak pernah bertemu dengan tuan rumah atau keluarganya.
Sumber : mStar