in

Isteri Ingat Bakal Diceraikan, Rupa-rupanya Suami Buat Kejutan Beli Istana Lama

F2 Old Castle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri mana yang tak suka dengan kejutan kan, lebih-lebih lagi kalau surprise tu diberikan oleh suami dalam bentuk hadiah macam beg tangan, tudung atau jam tangan?

Bagi seorang wanita iaitu Jude ini pula, dia pada mulanya sangat terkejut sebab menyangka suaminya mahu bercerai ketika pasangannya mengatakan mahu duduk dan bercakap dengan serius tentang sesuatu.


Old Castle 2

Menurut Times Now News, suaminya iaitu Terry Edgell tiba-tiba diam dan tak berkata-kata, jadi tindakan lelaki itu telah mendebarkan Jude. Rupa-rupanya, si suami tu nak beritahu bahawa dia telah membeli sebuah istana lama Penllyn untuk Jude.

Ini kerana Jude memang berimpian untuk tinggal di istana tersebut sejak usia 25 tahun lagi. Wanita ini turut bercerita bahawa ketika muda-muda dulu dia sering melalui di hadapan istana terbabit dan berasa kagum dengan orang yang pernah tinggal di situ.

Istana lama yang dibeli dengan harga £775,000 (lebih kurang RM4 juta)  dikatakan telah berusia 200 tahun dan terletak di Cowbridge, Wales.

Old Castle 3

 

Memandangkan suaminya itu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang CEO syarikat, jadi kini kerja-kerja renovasi rumah perlu diselia oleh Jude.

Istana itu dijangka akan siap dibaiki dalam masa terdekat dan mereka dikatakan akan berpindah masuk ke situ pada 2024 nanti.

Fuh, ala-ala macam kisah Taj Mahal kan dorang ni. Semoga murah rezeki orang yang pemurah dengan pasangan suami atau isteri dorang.

Sumber: Times Now News, Metro UK 

Baca: “Macam istana!”- [VIDEO] Buat Majlis Kahwin Dekat Reban Ayam, Hasilnya Buat Netizen ‘Ternganga’

Old Castle 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.