in

Israel Nak Bahagikan Masjid Al-Aqsa Kepada Muslim & Yahudi, Ini Apa Korang Perlu Tahu

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan satu-satunya masjid yang disebut di dalam Al-Quran selain Kaabah. Ia juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum wahyu diturunkan untuk menukar arah kiblat ke Masjidil Haram.

Untuk pengetahuan korang, masjid Al-Aqsa ini bukanlah merujuk kepada satu masjid sahaja ia merupakan satu kawasan yang mempunyai masjid, arena, gerbang, air pancut, menara dan mercu keagamaan lain di sebalik dinding kompleksnya.


Israel Nak Bahagi Masjid Al-Aqsa Kepada Muslim & Yahudi

Masjid Al Aqsa Dan Dome Of The Rocks 791.Jpg

Baru-baru ini, Parlimen Israel dikatakan sedang berbincang untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) untuk membahagikan kompleks Al-Aqsa kepada Muslim dan Yahudi.

Tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk Palestin sehingga perkara ini telah dikeluarkan di muka hadapan tiga akhbar harian Palestin minggu lalu.

Menurut Al-Ayyam, RUU ini dicadangkan oleh parti Likud untuk menjadikan bahagian selatan sebagai kawasan suci untuk Muslim manakala Yahudi akan mendapat bahagian tengah dan utara termasuk Kubah Batu yang dibina oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik ibn Marwan.

Al-Hayat al-Jadida pula mengatakan Kementerian Palestin bagi Hal Ehwal Baitulmaqdis menganggap cadangan ini seperti bermain dengan api dan akan mengubah konflik Palestin-Israel kepada perang antara agama.

Sekiranya RUU ini diluluskan, orang Yahudi akan dibenarkan untuk masuk ke perkarangan Kompleks Al-Aqsa ini melalui semua pintu masuk di mana sebelum ini mereka hanya boleh masuk melalui Pintu Maghribi yang dikawal penuh oleh pihak berkuasa Israel dan tidak boleh diakses oleh rakyat Palestin.

Fyhk5Dawicojqtu

Palestin menentang, minta negara luar masuk campur

Ekoran ini, penduduk Palestin menentang keras cadangan ini termasuk Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh yang memberikan amaran kepada Israel untuk membatalkan RUU tersebut.

Selain itu, Mohammed Shtayyeh turut meminta sokongan Turki, Malaysia, Indonesia dan Mesir bagi menghalang undang-undang ini dari diluluskan.

Menurutnya, tindakan Israel ini akan menyebabkan kemarahan melampau dan kesan yang tak boleh dijangkakan kerana kesucian dan nilai keagamaan tapak Al-Aqsa ini pada umat Islam.

Palestin dan Jordan yang mempunyai hak penjagaan terhadap tapak suci umat Islam dan Kristian ini telah menghalang apa-apa campur tangan atau perubahan yang mahu dilakukan oleh pihak berkuasa Israel di dalam Masjid Al-Aqsa.

Masjid Al Aqsa

Selain itu, Jawatankuasa Pemerintah Tertinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin turut menentang cadangan ini dan menegaskan rancangan ini perlu dihentikan.

Kalau ikutkan perjanjian lama, aktiviti lawatan tanpa kebenaran, beribadah dan sebagainya oleh penganut bukan Islam di kawasan ini adalah dilarang.

Namun bagi penganut Yahudi, mereka percaya bahawa masjid di dalam Kompleks Al-Awsa telah dibina di atas dua buah kuil purba mereka.

Masjid Al-Aqsa merupakan kompleks yang berkeluasan 14 hektar. Kubah Al-Sakhrah dan Masjid Al-Qibli adalah sebahagian daripada kompleks ini. Ia adalah kawasan suci ketiga buat umat Islam selepas Kaabah dan Masjid Nabawi.

Setakat ini masih belum ada lagi komen dari kerajaan Malaysia mengenai perkara ini.

Sumber: Arab News, Wafa, Middle East Eye

 

Baca: Serangan Di Al-Aqsa, Seluruh Masjid Lembah Klang Bakal Adakan Solat Hajat

Screenshot 2023 06 15 At 3.30.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.