Sebentar tadi, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu isi rumah yang terlibat bencana banjir baru-baru ini akan menerima baucer rebat segera bermula 7 Januari ini.
Rebat yang akan diberikan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) melalui program Kelestrian Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga ini adalah bertujuan untuk meringankan beban membeli perkakas elektrik domestik yang penting, lapor NST.
Kami akan dapatkan data isi rumah yang terkesan dari Agensi Pengurusan Bencara Negara dan orang yang layak bakar menerima baucer rebat RM500 yang boleh digunakan untuk membeli perkakas elektrik di 1,400 kedai berdaftar, pasaraya serta Shopee, Lazada dan PGMall.
Setakat ini kami dah kenalpasti 80,000 isi rumah yang layak menerima manfaat ini dan akan terus mengemas kini jumlah sebenar.”
Selain itu, Takiyuddin memberitahu pihaknya akan turut menambah jumlah kedai-kedai dan platform e-dagang bagi memberi kemudahan kepada mangsa selaras dengan arahan Perdana Menteri untuk mempermudahkan urusan bantuan.
Seda akan membuat sidang media pada 7 Januari 2022 di mana butiran lanjut mengenai rebat ini akan dimaklumkan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bantuan akan diberikan kepada mangsa banjir akibat bencana yang berlaku minggu lepas hingga menyebabkan banyak perkakas rosak selepas rumah dinaiki air.