Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen hidupnya.
Perkara itu didedahkan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya bersama tangkap layar pembayaran bil elektrik rumahnya yang mencecah RM1,600 sebulan.
Menurut bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anak angkatnya yang bernama Ahmad Ziyad.
Artikel berkaitan: Selamba Sambung Baca Surah, Iqbal Zulkefli Rupanya Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 Tahun
Artikel berkaitan: “Awak buat saya kagum!” – Inspektor Sheila ‘Cair’ Tengok Iqbal Pakai Baju Tradisional India
“Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan.
“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian,” katanya.
Menurutnya, dia yang bekerja sendiri dan tidak pernah ditanggung sesiapa menjelaskan nilai komitmen yang diperlukan itu tidak termasuk dengan barang kehendak.
Penjelasan itu dibuat selepas Iqbal menjual beberapa perabot rumahnya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga asal yang kebanyakannya mencecah ribuan ringgit.
Namun, ada yang menyifatkan barangan rumah Iqbal sama seperti barang orang ramai yang boleh diperolehi di platform e-dagang dengan harga yang jauh lebih murah.
Untuk rekod, Iqbal sebelum ini pernah mendedahkan dia menjalankan perniagaan berasaskan produk penjagaan kulit dan minyak wangi.
Tinggi juga komitmen bulanan Iqbal…
Sumber: Instagram