Sabtu lalu seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan dipandunya dihempap konkrit struktur Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan berhampiran Bandar Tasik Selatan di MRR2.
Mangsa patah tangan kiri dan tulang selangka
Dilaporkan mangsa, Wan Aqila Hanen Wan Maliki, 25 tahun mengalami patah tangan kiri dan tulang selangka ekoran kejadian itu.
Adik mangsa, Wan Aziqa Hanen, 24 tahun berkata keadaan kakaknya semakin baik dan telah dibenarkan keluar hospital.
Ketika ditanya tentang bagaimana kejadian tersebut berlaku, ini kata Wan Aziqa…
Kami juga ada bertanya kepada kakak bagaimana kejadian itu berlaku, namun dia sendiri tidak pasti dan hanya sedar apabila ada orang datang membantu dengan membawanya keluar dari kereta,”
Bagaimanapun ujarnya setakat ini keluarga tidak memikirkan lagi hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak terlibat sebaliknya memohon doa orang ramai supaya kakaknya cepat sembuh, lapor Sinar.
Semoga cepat sembuh!
Baca : “Macam musim pulak” ; Kereta Remuk Teruk Lepas Cangkuk Kren Terjatuh, Pemandu Kren Larikan Diri