in

“Inilah sahabat jiwa & raga saya” – Wanita Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Terlantar Sakit

ft jaga ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada apa yang lebih mulia bagi seorang anak selain daripada menjaga ayahnya ketika sakit, biarpun setiap individu sibuk menjalani hal ehwal kehidupan sendiri setelah semakin dewasa, wanita yang dikenali sebagai Salina Hadelinah di TikTok ini pula sebaliknya.

Dia sanggup berhenti kerja untuk menjaga ayahnya yang terlantar sakit, malah Salina juga sentiasa berada di sisi ayahnya kerana dia seorang yang jarang keluar rumah.


Artikel berkaitan : “Aku cengeng kalau udah perihal orang tu” – SEDIH! Ayah Sakit Datang Majlis Pernikahan Anak Naik Ambulans

Artikel berkaitan : 11 Tahun Tak Nampak Batang Hidung, Gadis 21 Tahun Diganggu ‘Ah Long’ Kerana Hutang Ayah Kandung

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga ayahnya sepenuh masa kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari. Jadi, wanita ini membuat keputusan dengan menjual sambal sebagai mata pencariannya.

@salinahadelinah

Saya takde sahabat di luar ini lah sahabat jiwa dan raga saya.saya orangnya jarang keluar memang setiap masa dari kecil sampai besar duduk di rumah saja susah nak tengok saya keluar kalau ayah tak ikut #fyp

♬ original sound – DNP – DNP

Dalam pada itu, wanita ini juga turut menceritakan bahawa arwah ibunya sering berpesan kepadanya untuk sentiasa jaga ayahnya dan dia turuti amanah arwah ibunya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni wanita ini dan berdoa agar dia peroleh kebaikan dalam apa jua aspek hidup.

Screenshot 2025 03 24 122731 Screenshot 2025 03 24 122746 Screenshot 2025 03 24 122802 Screenshot 2025 03 24 122846 Screenshot 2025 03 24 122918

Bukan semua orang mampu buat macam dia buat ni, semoga wanita ini diberikan rezeki dan dipermudahkan urusan serta meraih pahala di akhirat kelak.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.