Isu mengenai ‘flight delay’ atau penerbangan yang tergendala ini sudah kerap kali berlaku dan ramai di kalangan penumpang meluahkan rasa tidak puas hati mereka berkenaan isu ini.
Terbaru pada 23 Disember lalu, seorang pengguna Twitter bernama Mohd Firdaus Jailan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu syarikat penerbangan ini selepas penerbangannya didakwa telah tergendala selama 7 jam.
“Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni?”
Menerusi video yang dimuat naik, dia sepatutnya menaiki penerbangan ke Kuching, Sarawak pada jam 11.30 malam, namun ia dikatakan tergendala sehingga ke jam 2 pagi.
Pun begitu, status penerbangannya masih tidak diketahui dan dikatakan dianjak hingga ke jam 6.45 pagi.
Apa yang membuatkan Firdaus tidak puas hati adalah tiada staf penerbangan tersebut datang memaklumkan situasi sebenar dan dia terpaksa bermalam di lapangan terbang dalam kesejukan tanpa selimut dan bantal.
https://twitter.com/firdausjailan/status/1606015828234801154
Sorang staf pun tak nampak muka. Memang biadap betul. Padahal aku dah awal-awal tanya, kalau delay lama lagi, aku tak nak check in. Aku nak duduk luar cari hotel untuk tidur.
“Kau bayang dari pukul 11 malam, kau gila nak duduk sehari suntuk kat situ. Memang biadap. Sampai sekarang staf dia tak datang. Memang kita orang left in the dark,” katanya.
“Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk mohon maaf”
Tweet berkenaan telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memaklumkan bahawa dia telah menghubungi pihak syarikat penerbangan tersebut.
Katanya lagi, syarikat penerbangan itu juga akan menghubungi kesemua penumpang yang terlibat bagi memohon maaf selepas penerbangan mereka tergendala selama 7 jam.
Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab. https://t.co/YqzWlJEgvT
— Loke Siew Fook (@anthonyloke) December 26, 2022
Tindakan pantas Loke telah menerima pujian daripada netizen yang mengakui mereka sudah bosan dengan isu flight delay yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.
Apa-apapun semoga pihak penerbangan dan penumpang yang terlibat dapat selesaikan isu ini dengan baik. Pantas betul menteri buat kerja!
Baca: “Sampai dua kali ganda!” – Netizen Berang Harga Tiket Penerbangan Naik Lepas Umum Tarikh PRU15?