Sebentar tadi, Dewan Rakyat kecoh akibat pergaduhan yang berlaku di antara Ahli Parlimen (MP) Bintulu dan Ahli Parlimen Jelutong hingga menyebabkan salah seorang dari mereka telah dihalau keluar oleh Timbalan Speaker Azalina Othman Said.
Kekecohan ini bermula selepas MP Bintulu, Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan mengatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tak turun padang ke Sabah bagi membuat pengawasan Covid-19.
DG takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara.”
Ekoran kenyataannya ini, MP Bintulu, RSN Rayer bangun dan meminta agar King Sing menarik balik kenyataan tersebut.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh MP Bintulu itu adalah tindakan yang kurang ajar dan dia tak benarkan orang menghentam Dr Hisham yang dikira sebagai pejuang barisan hadapan.
Saya tak benarkan dia hentam DG, dia adalah petugas barisan hadapan, jangan kurang ajar, Bintulu. Jangan hina pegawai kerajaan!!!”
Suasana di parlimen bertambah panas apabila Shahidan Kassim menjerit meminta Rayer duduk diikuti Azalina Othman yang turut memberi amaran kepada MP Jelutong itu.
Jelutong tolong duduk, saya nak buat ruling… I am warning you, kalau tak duduk saya akan keluarkan.”
Selepas arahan Azalina gagal dipatuhi, Rayer diarahkan untuk keluar dari dewan rakyat.
Manakala bagi Sing King, Azalina meminta agar MP tersebut menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya itu.
Pun begitu, King Sing enggan menarik balik kenyataannya dan mengatakan kenyataannya itu adalah suara petugas barisan hadapan.
Ini suara petugas barisan hadapan, jadi saya tidak mahu tarik balik. Selalu hantar orang. Dia kena pergi jugalah.”
Keadaan di dalam dewan rakyat kembali tegang selepas beberapa ahli parlimen lain turut meminta King Sing untuk menarik balik kenyataannya sebelum kembali tenang.
King Sing kemudiannya meneruskan perbahasan dan tidak menarik semula kenyataannya sehingga perbahasannya tamat.
Korang boleh tengok video perbahasan tadi dekat bawah ni:
Baca: Adik Senator Dewan Negara, Ras Adiba Radzi Positif COVID 19, Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan