Bila sebut pasal penderaan rumah tangga, benda pertama yang kita fikir mestilah penderaan fizikal macam kena pukul kan? Tapi kalau korang nak tahu, penderaan rumah tangga ni sebenarnya lagi complicated dari tu dan ia boleh berlaku dalam banyak jenis perhubungan selain suami isteri.
Antara penderaan rumah tangga selain fizikal termasuklah kurang kasih sayang, makanan, duit atau berada dalam satu perhubungan di mana seseorang pasangan itu sering memalukan kita atau mengawal segala perbuatan.
Penderaan rumah tangga yang tidak melibatkan fizikal juga sukar untuk dikenalpasti, selain itu, mangsa-mangsa dera ni juga biasanya malu dan takut untuk bersuara menjadikan mereka selalunya terperangkap dalam hubungan dorang dan sering salahkan diri sendiri.
Ekoran ini, ramai selebriti yang telah kongsikan sendiri pengalaman dorang menjadi mangsa penderaan rumah tangga bagi membantu mangsa-mangsa lain untuk berani bersuara. Kalau korang nak tahu siapa selebriti yang pernah kena diri dan macam mana dorang selamatkan diri, baca dekat bawah ni…
Artikel berkaitan: Alif Teega Perjelas Isu Statement Adik Susuan Aisyah, Isteri Kedua Tak Ada Akaun Media Sosial
Artikel berkaitan: “Hari ini abang akan masuk lokap” – ‘Voicenote’ Pergaduhan Aisyah & Alif Tersebar?
1. Christina Aguilera
Menurut penyanyi ‘Hurt’ ini, bila dia tak tahan dengan penderaan yang dialaminya ketika dia kecil, dia akan mendengar lagu The Sound of Music dari Julie Andrews.
Christina mengatakan bahawa dia rasa terperangkap dengan pengalaman zaman kanak-kanaknya kerana dia telah menerima penderaan emosi dan fizikal oleh bapanya sendiri.
Namun begitu, penyanyi ini mengatakan yang dia akhirnya telah menerima pengalamannya didera sebagai salah satu ujian dalam hidupnya selepas bertemu dengan bekas suaminya, Jordan Bratman.
Saya bersyukur ada pengalaman itu. Saya tahu tujuan saya yang lebih besar adalah untuk mendorong mangsa lain untuk bersuara.”
2. Dwayne Haskins
Biasanya bila bercakap pasal penderaan rumah tangga, kita akan fikir mangsanya adalah perempuan, tapi kalau korang nak tahu 1 daripada 4 lelaki telah mengalami salah satu bentuk penderaan fizikal dari pasangan mereka tau. Salah seorangnya adalah pemain bola Amerika, Dwayne Haskins.
Pada Julai 2021, Dwayne Haskins dan isterinya telah bergaduh di sebuah bilik hotel di The Cosmopolitan yang terletak di Las Vegas.
Menurut laporan, pasangan ini telah pergi ke Las Vegas untuk memperbaharui perjanjian perkahwinan mereka bersama rakan-rakan ketika berlaku pertengkaran tersebut. Konflik ini kemudiannya menjadi lebih teruk selepas isteri Dwayne telah menumbuk mulut suaminya sehingga giginya patah.
Pihak polis kemudiannya dipanggil pada jam 2.30 pagi dan Dwayne telah dibawa ke hospital. Isterinya, Kalabrya Gondrezick-Haskins kemudiannya telah didakwa atas kesalahan penderaan rumah tangga sehingga menyebabkan kecederaan.
Pun begitu, pada Disember 2021, Dwayne telah memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan yang mereka masih lagi bersama.
Untuk pengetahuan korang, Dwayne telah pun meninggal dunia di usia 24 tahun selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan lain di lebuhraya Fort Lauderdale pada 9 April 2022.
3. Charlize Theron
Ramai yang tak tahu bahawa pelakon cantik Charlize Theron ini pernah menjadi saksi penderaan rumah tangga yang berlaku terhadap ibunya ketika dia masih kanak-kanak. Kisahnya ini memang sangat tragik!
Menurut Charlize, bapanya Charles merupakan seorang kaki botol dan kaki dera. Satu malam ketika keluarga ini tinggal di Afrika Selatan, bapanya telah pulang dalam keadaan mabuk dan mula melepaskan beberapa tembakan di dalam rumahnya.
Disebabkan ini, ibunya, Gerda telah menembak mati bapanya. Di dalam mahkamah, tindakan ibunya ini telah dianggap sebagai satu tindakan mempertahan diri dan ibunya bebas dari dakwaan membunuh.
Charlize mengatakan, jika dia boleh ubah masa lampaunya, dia akan memaksa ibu dan bapanya untuk bercerai.
4. Patrick Stewart
Pelakon veteran terkenal, Patrick Stewart telah membesar dalam ketakutan kerana sering didera oleh bapanya sendiri yang juga merupakan seorang bekas askar ketika Perang Dunia Kedua.
Menurut Patrick, sebagai kanak-kanak dia telah menyaksikan sendiri ibunya didera beberapa kali oleh bapanya sehingga dia rasa yang dia mahu bunuh bapanya kerana takut.
Bukan sahaja dia tak ada tempat untuk mengadu dan meminta pertolongan, malah pihak berkuasa pada ketika itu turut membiarkan perkara ini.
Katanya, bila pihak polis dipanggil selepas teruk ibunya dibelasah oleh bapanya, pihak polis telah membuat beberapa komen seperti “awak provok dia lah tu”, atau “pergaduhan ni jadi bukan sebab sorang je”.
Kalau korang nak tahu, Patrick Stewart merupakan penyumbang terbesar Refuge, iaitu ‘rumah selamat’ pertama di dunia yang memberikan tempat tinggal kepada wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri dari penderaan rumah tangga di West London pada 1971.
5. Rihanna
Salah satu penderaan rumah tangga yang pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila rapper Chris Brown cuba menolak Rihanna yang merupakan kekasihnya pada ketika itu dari keretanya.
Kejadian ini berlaku sehari sebelum anugerah Grammy berlangsung pada tahun tersebut di mana Chris Brown telah menghentak kepala Rihanna ke cermin penumpang dan menumbuk penyanyi ini beberapa kali.
Tak cukup dengan itu, Chris turut mengugut untuk memukul Rihanna lagi apabila mereka tiba di rumah namun Rihanna sempat menyuruh pembantunya untuk menelefon polis dan menahan lelaki ini.
Chris Brown telah mengaku bersalah atas kesalahan melakukan penderaan sehingga mencederakan dan dihukum untuk berkelakuan baik selama lima tahun dan perlu membuat program khidmat masyarakat selama 180 hari. Dia juga turut diberikan arahan untuk tidak mendekati Rihanna.
Namun begitu, Rihanna telah bersama dengan Chris Brown semula tak berapa lama kemudian kerana merasakan yang dia dapat mengubah lelaki tersebut sebelum meninggalkan hubungan tersebut selama-lamanya pada tahun 2013.
Sumber: Everyday Health