in

Alif Teega Perjelas Isu Statement Adik Susuan Aisyah, Isteri Kedua Tak Ada Akaun Media Sosial

Ft Aliff Tegaa Ajak Adik Susuan Aisyah Bersemuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh Alif Teega ada memberikan kenyataan berhubung dengan kontroversi yang terpalit kepada dirinya.


Dalam kenyataan yang diberikan menerusi Insta Story miliknya, Alif Teega menyatakan bahawa dia tidak kisah jika dirinya dicaci dan dihina, namun begitu, Alif meminta orang ramai agar tidak memfitnah dirinya.

Artikel Berkaitan : “Try hard bethol” –  Netizen Tak Puas Hati Posting Terbaru Alif Teega, Akui ‘Bahagia’ Dengan Isteri

Artikel Berkitan : ”Be a gentleman” –  Diugut Saman, Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Jumpa Keluarga Depan-depan

Ia sekaligus menepis dakwaan adik susuan Aisyah yang mendakwa bahawa tindakannya itu kononnya telah menyebabkan Aisyah kemurungan.

Jelasnya, dia dan Aisyah dalam keadaan baik dan orang ramai jangan masuk campur dalam hal rumah tangganya. Bahkan Aliff menjelaskan bahawa isteri keduanya, Fatin Umaidah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Memandangkan ramai yang mengeluarkan kenyataan palsu, Alif menjelaskan bahawa dia akan membawa hal ini ke muka pengadilan. Malah, dia juga menepis dakwaan adik susuan Aisyah, ini kerana hubungan dia dengan abang kandung Aisyah baik-baik sahaja. Alif juga menyatakan bahawa dia mahu bersemuka dengan Amirul Adni Rustam.

Alif 1 1

Alif 2 1

Oleh itu, Alif memohon orang ramai agar hentikan fitnah dan mencemuh dirinya dan kedua-dua isterinya itu.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.