Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Setiap rumah tangga ada pasang surutnya, ujian dan dugaan masing-masing. Namun, siapalah kita untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Dia kata tak ada jodoh, kita perlu redha jika rumah tangga tidak dapat diselamatkan.
Namun begitu, bagi wanita ini pula dia akui pasrah diceraikan suami hanya selepas 6 bulan berumah tangga. Melalui perkongsian Clarisa dari Indonesia, dia kini sedang hamil 4 bulan anak sulung mereka.
Bagaimanapun, menurut Clarisa dia telah sah bercerai dengan suami pada 19 April baru-baru tetapi redha dan percaya ia adalah balasan buatnya yang merampas suami orang lain. Clarisa dan suami telah diijab kabulkan pada 12 November 2020 dan akui pasrah kerana selama ini dia hidup bahagia atas penderitaan orang lain (bekas isteri suami).
https://www.tiktok.com/@nurlaelatiktokers0/video/6952880568224730370?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Melalui sebuah video lain dikongsikan di TikTok, Clarisa turut ‘bermonolog’ dengan kandungannya kerana mementingkan diri dan tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung agar dapat menemaninya yang telah ditinggalkan suami.
Cepet kluar sayang agar bunda gak kesepian. Kehadiranmu akan membawa kebahagiaan bagi bunda, kamu adalah kekuatan bunda.”
https://www.tiktok.com/@nurlaelatiktokers0/video/6951359803524517122?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@nurlaelatiktokers0/video/6952822087987776769?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Ramai yang memberikan komen di video-video Clarisa di TikTok, malah agak ramai juga lelaki yang berkata mereka sanggup menjadi bapa kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.
Selain itu, ramai juga yang turut memberi respon tentang situasinya (merampas hak orang) serta turut menasihati agar tidak lagi mengulangi hal yang sama selepas ini.
Baca: Lelaki Ini Kahwin 4 Kali & Cerai 3 Kali Dengan Wanita Sama Dalam Tempoh 37 Hari, Rupanya Sebab…