Tatkala pusara masih merah tanahnya, air mata juga masih belum kering di pipi, ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne sekali lagi ditimpa ujian apabila dituduh oleh netizen kerana menjadi punca kepada kematian anaknya.
Nur Syakinah Abdullah meluahkan rasa kesal terhadap komen seorang individu yang dikenali sebagai Eina Outlet di Facebook.
https://www.facebook.com/deenadiana.jefferey/posts/3289659244456002
Individu itu telah meninggalkan komen yang mengguris hati Syakinah kerana mendakwa dia sengaja mencabut mesin bantuan pernafasan ketika Sandra dirawat ketika di unit rawatan rapi (ICU).
Menerusi perkongsian Syakinah di Facebook, dia menyelar dakwaan itu dan menganggap tuduhan itu fitnah yang besar.
Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yg harus saya pikul.
Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!”
“Arwah dan boleh bernafas lepas pembedahan” – Syakinah
Dalam posting yang sama, Syakinah juga ada memberitahu pada hari ketiga selepas kemalangan (Selasa), Sandra sudah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen. Pada hari Rabu, arwah telah menjalani pembedahan tiub pernafasan untuk membantunya bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.
Keadaan Sandra dilaporkan stabil pada hari Khamis sehinggalah pada 11 malam di mana arwah dilaporkan tenat dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi hari Jumaat.
Syakinah juga turut menegaskan bahawa dia menganggap komen itu sebagai fitnah dan nekad untuk menfailkan saman kepada individu tersebut.
Orang cakap kalau takde benda baik nak cakap baik diam. Min harap hentikanlah semua fitnah. Sebaiknya kita sedekahkan lah Al-Fatihah untuk arwah.