Sejak akhir-akhir ni makin banyak pula kes penderaan haiwan yang tular di media sosial ni. Macam baru-baru ni, tular video menunjukkan seorang wanita pukul kucing-kucing di Seberang Jaya sampai cedera dan ada juga yang mati!
Dalam video tular itu, kejadian dipercayai berlaku pada waktu siang, perakam ketika itu sempat mengambil video seorang wanita yang dipercayai telah memukul kucing-kucing malang di kawasan itu.
https://www.facebook.com/infosemasanews/videos/pcb.230790898456679/866178454213809
Wanita ini dilihat memegang sebatang kayu sebelum meletakkan kayu tersebut di dalam keretanya dan memandu pergi menggunakan kereta yang lain.
Apa yang menyedihkan, antara kucing yang kena pukul tu mengandung dan dikatakan tulang belakang kucing tersebut patah dan kerana kecederaan yang teruk, ibu kucing ini tak dapat diselamatkan.
https://www.facebook.com/infosemasanews/videos/pcb.230790898456679/1093148594469340
Manakala seekor lagi kucing dilihat berdarah di bahagian hidungnya dipercayai dipukul dengan batang kayu. Allahu, apa dosa kucing-kucing ni sampai kena pukul macam ni?
Menurut video yang dikongsikan oleh Penang Kini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah pun tiba di kawasan kejadian akan menyiasat serta memberikan rawatan yang sepatutnya kepada kucing yang cedera.
Tak cukup dengan itu, netizen yang memuat naik video-video ini juga turut mengatakan laporan polis telah pun dibuat dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Baca: KEJAM GILA! Ada Individu Kerat Kaki Kucing Pakai Pisau & Biarkan Mati Tepi Tangga