in

“Ini bukan lagi satu kelucuan, tapi penipuan!” – Dai Wan ‘Sound’ Aliff Syukri Isu Face Mask Keluarannya

Combine Alif Syukrii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial berkaitan dengan video Ig live Dato Aliff Syukri sedang mempromosikan face mask keluarannya. Namun, ada seorang netizen meminta Aliff Syukri untuk membuat demonstration dengan mencurahkan air di atas face mask itu sama ada ianya bocor atau tak.


Kelihatannya face mask ‘kalis air’ itu bocor dimana air yang dicurahkan di atas face mask itu menitis ke bawah menembusi face mask itu. Alamak, kantoi pulak!

Insiden itu telah mendapat perhatian daripada seorang pendakwah muda yang dikenali sebagai Dai’ Wan. Dia menegur tindakan Aliff Syukri itu menerusi akaun Instagram miliknya dimana dia mengatakan tindakan Aliff itu jelas salah, lapor Mstar.

View this post on Instagram

Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga. Perbuatan Dato Aliff Syukri jelas haram, & jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa. Jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari dosa besar, dan dia perlu bertaubat pada Allah swt & meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing penipuan dalam penjualan produk Face Mask yang sangat 'Defective' & mungkin akan mengancam nyawa buat siapa yang telah membelinya. Jelas, air menitis dengan laju (Bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat2 disorokkan ketepi bila tampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective , kemudian menipu dalam penghebahan penjualan pula. Sesungguhnya Dato' Aliff telah mencipta rantaian dosa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini. Face mask adalah sangat penting, untuk membasmi kuman / virus dari orang yang memakainya. Mana mungkin Face Mask yg dijual oleh Dato' Aliff tersebut dapat menjalankan peranan utk melindungi orang lain dari si pemakainya & ini merbahaya, bahkan mungkin akan terus memberi ancaman penyakit pada yang lain. Saya dibenarkan tegur terbuka dlm kes seperti ini kerana ia satu hal yg membawa keburukan pada semua. Dato' Aliff, sila hentikan penjualan produk Face Mask ini! Bertaubatlah kepada Allah swt, takutlah pada azab org2 yg menipu dalam perniagaan. Hari ini Allah swt mungkin memberi kamu nikmat, tapi ingat, tidak semua nikmat itu baik utk kamu di hari akhirat, terkadang ia rupanya bagian dari 'Istidraj'. Hati2lah Dato', ramai org yg berniaga tergelincir jatuh masuk ke dalam neraka & menerima azab yang perit dari Allah swt. Kepada seluruh rakyat Malaysia, umumnya saya boleh mengarahkan kini, untuk berhentilah dari membeli produk dia ini & belilah Face Mask yg mematuhi piawaian shj. Sesungguhnya dia telah menipu ketika berniaga, & orang2 seperti ini tidak layak lagi dihormati dalam perniagaannya. Kita dibenarkan utk bersangka buruk kepada peniaga yg jelas & terang-terangan menipu dalam perniagaan utk lebih 'Ihtiyat' (Berhati-hati dengannya). Semoga Allah jaga kita semua dari tipu daya seperti ini.

A post shared by Mr. WD (Official) (@wandazrin) on

Dia mengatakan perbuatan Aliff Syukri jelas salah kerana wujudnya penipuan dalam mengiklankan produk keluarannya ketika berniaga.

“Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga” 

Dai’ Wan mengatakan yang perbuatan Aliff Syukri itu jelas haram dan jika ianya diteruskan akan akan jadi sebahagian dosa besar dan perlu bertaubat kepada Allah S.W.T serta meminta maaf kepada semua orang yang telah menonton dan mendengar marketing itu.

Wan

Dalam video itu juga memaparkan selepas air itu menitik ke bawah, cepat-cepat disorokkan ke tepi supaya viewers tak tengok insiden itu.

Alif K

Tapi malangnya netizen melihatnya dan Aliff Syukri mengalihkan pandangan mereka dengan mengupas buah mangga selepas itu.

Alif Kk

Ekoran daripada itu, Dai’ Wan menggesa agar Aliff Syukri segera bertaubat dan menghentikan penjualan face mask keluarannya dan tidak lagi membuat unsur penipuan dalam perniagaan.

Baca : “Nak berniaga biar jujur” – Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Muka Tak Kalis Air

Alif

 

Sumber: Google
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.