Kata orang, jika kita menjaga nilai persahabatan kita, maka ia akan kekal hinggalah ke hari tua nanti. Kalau dah nama sahabat tu, susah senang macam mana sekalipun keadaan kita, pasti mereka akan bantu.
Baru-baru ini tular di Tiktok berkenaan seorang pemuda yang baru dilepaskan dari penjara disambut oleh beberapa orang rakannya.
Menarik pada klip berdurasi 23 saat ini adalah reaksi pemuda berbaju putih itu yang kelihatan sangat teruja untuk berjumpa semula dengan kawan-kawannya. Boleh jadi mereka sangat akrab sebelum lelaki tersebut dimasukkan ke dalam penjara.
Setelah setahun tak jumpa, akhirnya kau bebas jugak. Syukur alhamdulillah”
Walaupun butiran perihal yang mengakibatkan lelaki itu ditahan tidak dikongsi, namun rakan-rakannya dilihat langsung tidak menilai status rakannya yang dipenjara selama setahun itu.
Video dari pengguna bernama Azhar itu tular dengan lebih sejuta jumlah tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen tersentuh melihat aksi sekumpulan pemuda itu dan menyatakan kaum lelaki pandai menjaga nilai persahabatan mereka. Macam ni baru brotherhood!
Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman sendiri ketika menjalani kehidupan di dalam penjara. Lelaki di dalam video itu juga diberikan kata-kata semangat oleh netizen untuk terus menjalani kehidupannya seperti biasa.
Berkaca pulak mata tengok. Korang ada tak kawan yang sehidup semati macam ni?
Baca: “Hari-hari abah tunggu kat office nak lunch sekali”- [VIDEO] Perkongsian Gadis Ini Buat Ramai Sebak