in

“Ini baru pelajar sekolah, belum pelajar Uni” – 1 Pelajar SPM Positif COVID 19, Semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Lipis Kena Kuarantin

Positif Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan buat calon SPM… 

Semalam, sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan depan terpaksa dikuarantin lepas seorang calon didapati positif COVID 19.


Menurut Astro AWANI, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1351843526351466496

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,” katanya.

Pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT telah dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk MARA.

Mereka katanya akan dipindahkan dengan menaiki bas dengan diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan. Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bersama bagi menjaga kebajikan pelajar di pusat kuarantin.

Dalam pada itu, pihak Balai Bomba Kuala Lipis menerusi perkongsian di Facebook dilihat telah menjalankan tigas mereka dalam menjalankan aktiviti sanitasi di MRSM tersebut.

140053514 4039497872762234 6365378356289756524 O

139561255 4039498059428882 3579047536371305542 N

Dalam satu update terbaru dari MKN Pahang, pihak mereka telah mengesahkan terdapat perubahan dalam jumlah pelajar yang dikuarantin iaitu sebanyak 86 orang dan tiga guru menjadi pengiring.

Jumlah positif pula disahkan bertambah kepada 2 orang dan 27 masih menunggu keputusan. 

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1351894144650674189

Sama-sama kita doakan semoga pelajar-pelajar ini selamat dan tabah menghadapi ujian ini. 

Baca: Gara-gara Muncul Kes Positif Akibat Jangkitan Dari Pihak Luar, Sekampung di Tanah Merah Keluar Buat Ujian Calitan COVID 19

Tanah Merah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.