Sepanjang tahun 2025, kita banyak menyaksikan pelbagai drama dan isu sensasi dari dunia hiburan tanah air yang bergerak seiring dengan mendapat perhatian luas di media sosial.
Setiap perkongsian dan perkembangan yang muncul di media sosial pasti akan menjadi topik yang hangat dibincangkan dalam kalangan netizen.
Jadi sebagai imbasan, berikut adalah 8 isu selebriti tempatan yang telah berlaku sepanjang tahun 2025.
1. Naim Daniel terpalit kes amang seksual

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang penyanyi berbakat besar iaitu Naim Daniel terpalit dalam satu kes amang seksual fizikal bersama remaja berusia 17 tahun pada bulan Mei lalu.
Walaubagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Difahamkan, mahkamah turut membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat yang ditetapkan oleh pihak pendakwaan.
Kes ini akan kembali dibicarakan pada 31 Mac tahun hadapan bagi sebutan semula dan tindakan lanjut.
Artikel Berkaitan: “Saya okay, insya-Allah” – Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Tiba Di Mahkamah – Lobak Merah
2. Shila Amzah diherdik oleh Amy Search

Pada bulan Jun lalu, kecoh di media sosial apabila Shila Amzah mendakwa yang dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi lagenda ketika sesi latihan untuk sebuah persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Difahamkan yang Shila telah diherdik oleh penyanyi tersebut di hadapan orang ramai secara tiba-tiba ketika sesi latihan sedang dijalankan.
Insiden ini telah menjadikan ramai netizen membuat spekulasi mencari siapakah penyanyi lagenda yang berbuat demikian sehinggalah ada yang memetik nama penyanyi lain seperti Datuk Awie. Susulan itu, Awie pun mengeluarkan kenyataan untuk meminta Amy Search menerangkan perkara yang sebenar ekoran ramai telah menuduh Awie.
Disebabkan itu juga, Shila pun mendedahkan yang penyanyi lagenda tersebut ialah Amy Search dan minta netizen untuk berhenti menyerang dan tuduh Awie di media sosial.
Shila juga menjelaskan yang dia telah pun membuat laporan polis dan tindakannya bukan untuk merosakkan mana-mana individu, cumanya ianya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Hasil siasatan juga mendapati yang insiden ini berlaku disebabkan daripada rasa tidak puas hati terhadap masalah peribadi yang terpalit antara dua penyanyi ini.
Artikel Berkaitan: Diserang Penyanyi Lagenda, Polis Sahkan Terima Laporan Shila Amzah – Lobak Merah
3. Sophia Albarakbah terima trofi daripada Bella Astillah

Pada bulan Ogos yang lalu, tular satu insiden momen yang dianggap sebagai ‘awkward’ oleh para netizen yang melibatkan antara pelakon Sophia Albarakbah dan Bella Astillah di atas pentas yang sama.
Ketika malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 sedang berlangsung, Bella Astillah yang bergandingan bersama Syed Saddiq, berada di atas pentas untuk memberi trofi buat pemenang bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Namun, suasana menjadi tegang apabila pemenang yang diumumkan oleh Bella ialah Sophia Albarakbah yang umum diketahui pernah didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Bella bersama Aliff Aziz terdahulu.
Disebabkan insiden ini juga, Sophia menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehinggakan dia terpaksa membuat laporan polis.
Artikel Berkaitan: Netizen Anggap ‘Awkward Moment’ Ambil Trofi Daripada Bella Astillah, Ini Komen Sophia Albarakbah – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: “Putar belit” – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Keluar Lepas Aliff Aziz Perform – Lobak Merah
4. Anna Jobling dan ibunya

Pada bulan Ogos lalu, ibu kepada Anna Jobling, Ariz Arop mendedahkan yang hubungan dia dan anaknya sudah lama renggang hingga berlakunya perintah injuksi terhadap dirinya.
Difahamkan, perintah injuksi ini juga didakwa diterima kerana kelakuan kasarnya terhadap Anna.
Ariz turut mengakui pernah memukul Anna pada bahagian muka kerana mendakwa anak kandungnya itu bersikap melampau dan kurang ajar terhadapnya.
Namun begitu, beliau menafikan bahawa tindakannya bertujuan untuk mendera anaknya, sebaliknya mendakwa ia dilakukan atas alasan mendidik.
Artikel Berkaitan: “Dia hantar injunksi sebab tak tahan kena puk*l. Katanya mentalnya dis*ksa” – Ibu Anna Jobling – Lobak Merah
5. Tular gambar ‘photobooth’ Dayang Areeda dan Hazeeq Dean

Dua pelakon yang namanya sedang melonjak naik dalam industri hiburan, Dayang Areeda dan Hazeeq Dean menjadi tumpuan utama apabila gambar mereka di photobooth dekat sebuah pusat beli-belah di Wangsa Walk, Kuala Lumpur tular di media sosial.
Foto yang tular itu dikatakan memaparkan aksi kedua-dua pelakon itu berpelukan mesra dan seperti berciuman di bahagian pipi dan mulut.
Meskipun Dayang mengakui dirinya terkejut, namun dia pilih untuk tidak mengulas panjang mengenai isu yang sudah pun berlaku.
Begitu juga dengan Hazeeq Dean yang tampil dengan penjelasannnya di mana dia juga tidak ingin untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana ingin menjaga privasi semua pihak.
Artikel Berkaitan: Dua Pelakon Kantoi Berc*molot Dalam Photobooth Di Sebuah Mall Di KL – Lobak Merah
6. Rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Rasanya umum diketahui oleh hampir semua orang mengenai masalah pergelutan rumah tangga antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang sudah berlaku sejak beberapa bulan lepas.
Pada awalnya, insiden ini berlaku dengan sebuah persoalan yang ditimbul oleh Uqasha mengenai status perkahwinannya bersama Kamal Adli di mana dia mendapati terdapat perbezaan antara tarikh akad nikah sebenar dengan yang tercatat pada sijil nikah rasmi.
Akad nikah pasangan itu dikatakan sebenarnya berlangsung pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun dalam sijil nikah rasmi pula, tarikh dan masa yang dicatatkan ialah 4 November 2021 pada jam 9.30 malam.
Sejak itu, semakin banyak pendedahan dibuat oleh pasangan ini sepanjang proses Uqasha menuntut perceraian daripada suaminya, Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: Uqasha Persoal Status Pernikahan Kerana Tarikh Di Sijil Nikah Berbeza Dengan Akad – Lobak Merah
7. Namewee positif dadah & dikaitkan dengan kematian pempengaruh Taiwan

Penyanyi rap tempatan, Namewee telah disyaki menggunakan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada bulan Oktober lalu.
Hasil pemeriksaan di bilik hotel telah menemukan sembilan biji pil berwana biru disyaki pil ekstasi serta terus dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Kemudian, Namewee didapati sah positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.
Namun apa yang mengejutkan adalah penyanyi rap tempatan ini juga telah dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh dari Taiwan.
Siasatan mendapati yang Namewee dan mangsa telah bersama sejak dari luar negara sehingga kedua-duanya berada dalam negara. Difahamkan, mereka sememangnya berada di bilik hotel yang sama untuk urusan penggambaran video dan perbincangan kerja.
Namun, apabila mangsa dikatakan telah ke bilik air untuk mandi dan kemudian ditemui tidak menyedarkan diri, Namewee yang panik cuba melakukan CPR tetapi gagal menyelamatkan mangsa.
Punca kematian pempengaruh Taiwan ini masih lagi dalam masih dalam siasatan polis, namun media Taiwan melaporkan yang ianya disebabkan serangan jantung.
Artikel Berkaitan: Namewee Ditahan Polis Positif 4 Jenis D*dah, Nama Terkait Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan – Lobak Merah
8. Video muzik Dolla diturunkan

Baru-baru ini, video muzik terbaru dari kumpulan tempatan Dolla yang bertajuk Question telah diturunkan oleh Universal Music Malaysia ekoran kritikan dari para netizen mengenai penampilan dan pakaian anggota kumpulan berkenaan dikatakan agak mencolok mata.
Video muzik itu telah menerima pelbagai kecaman hebat dari netizen kerana ianya dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penonton tempatan.
Disebabkan itu juga, video muzik lagu terbaharu dari Dolla terpaksa dibawa turun dari semua platform digital, termasuklah di YouTube.
Artikel Berkaitan: Dikritik Tidak Sesuai Untuk Penonton Tempatan, Universal Music Malaysia Bawa Turun Video Muzik Question Dolla – Lobak Merah
