Sebenarnya, ramai wanita yang telah pun memimpin dan membentuk dunia menggunakan kepandaian, kekuatan dan semangat mereka sepanjang sejarah. Dari Cleopatra hingga ke Ratu Victroria, wanita telah buktikan diri mereka boleh memimpin dengan baik bila diberikan peluang.
Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok beberapa pemimpin wanita berpengaruh yang pernah berkuasa dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dunia yang kita lihat sekarang ini.
1. Cleopatra
Cleopatra merupakan salah satu pemimpin paling terkenal ketika zaman Mesir Purba, tapi kekuasaannya selalu dikaitkan dengan kemahirannya memikat lelaki.
Namun begitu, pakar sejarah mengatakan bahawa andaian tersebut tak benar. Cleopatra telah berjaya meyakinkan Maharaja Rom, Julius Ceaser untuk menyokongnya kerana dia merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan dan bukan sebab dia seksi!
Kalau korang nak tahu, Cleopatra telah memimpin menggunakan pengaruhnya berbanding kekejaman yang sering diamalkan pada zaman tersebut. Dia telah menggunakan kebijaksanaannya dan kemahiran diplomasi bagi mengekalkan empayarkan ketika dilanda kesusahan dan telah menjadi salah seorang pemimpin terbaik dalam sejarah.
2. Hatshepsut
Hatshepsut merupakan salah seorang firaun Mesir Purba yang terkenal. Dia telah memimpin selama lebih 1,300 tahun sebelum Cleopatra dan menjadi salah seorang pemimpin wanita yang berkuasa di Empayar Mesir.
Hatshepsut dikenali kerana mencipta laluan perdagangan penting sehingga membawa kekayaan kepada empayarnya. Dia juga turut terlibat dalam beberapa ciptaan bangunan dan monumen terpenting yang ada di Mesir tau!
3. Ratu Victoria
Ratu Victoria telah memerintah Empayar British selama 63 tahun. Dia merupakan salah seorang monarki yang memerintah paling lama di dalam sejarah British. Pemerintahannya dikenali sebagai Era Victoria.
Ketika pemerintahannya, perhambaan telah dihapuskan di Britain dan hak mengundi telah diberikan kepada kebanyakan lelaki. Selain itu, Ratu Victoria juga turut mempunyai impak yang besar terhadap sejarah diraja Eropah apabila dia telah mengatur perkahwinan anak-anak dan cucu-cucunya dengan keluarga diraja di seluruh Eropah sekaligus menjadikan Britain sebagai salah satu negara yang berkuasa setanding dengan negara-negara besar lain.
4. Margaret Thatcher
Margaret Thatcher merupakan figura yang sangat kontroversi dalam sejarah politik British, tapi kekuatannya tak pernah dipersoalkan. Dia merupakan wanita pertama yang pernah dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Britain pada 1979 dan berjaya memegang jawatan tersebut selama 11 tahun.
Margaret Thatcher telah dinamakan sebagai “Wanita Besi” oleh Soviet ekoran kedegilannya. Apabila berlaku sesuatu kepada dasar ekonomi atau terdapat ancaman terhadap wilayah British, Margaret akan tindakan tegas dan sehingga kini dia diingati sebagai pemimpin paling tegas dalam sejarah negara tersebut.
5. Ratu Elizabeth I
Ratu Elizabeth I telah memerintah England dari tahun 1558 sehingga 1603. Dia telah memilih untuk tidak berkahwin bagi memberikan tumpuan yang penuh terhadap jawatannya sebagai pemimpian.
Elizabeth dikenali sebagai seorang yang sangat berkuasa dan pemimpin yang aktif serta sangat cerdik dan bijak sehingga boleh bercakap dalam lima bahasa.
Ketika kepimpinannya, Ratu Elizabeth telah berjaya mengalahkan Armada Sepanyol dan menjadikan England sebagai negara Protestan.
Elizabeth juga turut bergaduh dengan sepupu dan musuhnya, Mary, Ratu Scotland selama 20 tahun.
6. Mary Ratu Scotland
Ratu Scotland, Mary I merupakan sepupu Katolik Ratu Elizabeth I. Dia telah menjadi ratu ketika baru berusia beberapa hari dan dibesarkan dengan kepercayaan yang dia merupakan pemimpin sebenar England.
Mary telah merancang untuk menjatuhkan kepimpinan Elizabeth dan mengambil alih England sekaligus menjadikan agama negara tersebut kembali kepada kepercayaan Katolik. Namun begitu, rancangannya gagal dan dia telah dihukum bunuh atas arahan Ratu Elizabeth.
7. Maharani Wu Zetian
Maharani Wu Zetien merupakan satu-satunya maharaja Jepun di dalam sejarah Cina. Dia hidup ketika Dinasti Tang dan telah memerintah dari 665 sehingga 690 CE. Ketika pemerintahannya, maharani ini telah menstabilkan dan membesarkan empayar China yang dah mula nak runtuh. Disebabkan ini, Dinasti Tang kini dikenali sebagai zaman emas di dalam sejarah Cina.
Maharani Wu telah digambarkan sebagai seorang yang kejam dan dia dikatakan telah menjadi pemimpin dengan membunuh ahli keluarganya sendiri. Tapi ada pakar sejarah yang tak bersetuju dengan cerita ini. Sebabnya, dia mungkin dibuat sebagai jahat oleh pencerita pada ketika itu kerana dia seorang wanita.
Sumber: Stars Insider