in

Ini 7 Filem ‘Kontroversi’ Yang Haram Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, dua filem iaitu filem “Lightyear” serta “Thor: Love and Thunder” telah menjadi buah mulut ramai netizen gara-gara dibatalkan tayangannya.

Ini ekoran daripada kedua-dua filem ini telah menunjukkan beberapa babak cinta semasa jenis serta karakter yang membawa unsur LGBTQ.


Tindakan ini telah menjadi perbalahan di kalangan netizen di mana ada yang bersetuju dengan tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan ada juga yang tak bersetuju ekoran telah menunggu lama untuk menonton filem-filem tersebut.

Pun begitu, sebenarnya sebelum ini ada beberapa filem popular dan kontroversi telah pun diharamkan tayangan di pawagam atas sebab-sebab tersendiri. Mungkin korang tak perasan sebab masa tu kecil lagi atau pun sebab korang dah tengok bila filem-filem ini ditayangkan di platform penstriman dalam talian. So, jom tengok apa antara filem-filem kontroversi yang kena banned ni…

7 Filem ‘Kontroversi’ Yang Haram Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

1. Schindler’s List (1993)

2520.Jpg

Schindler’s List merupakan filem epik mengenai seorang Industrialis Jerman yang telah menyelamatkan nyawa lebih seribu orang Yahudi yang tertindas ketika Perang Holokus. Ia telah dinobatkan sebagai salah satu filem terbaik pernah dibuat dan berjaya memenangi 7 Oscars.

Bagaimanapun, filem ini turut mengandungi babak-babak hukuman yang ganas dan ngeri serta babak bogel yang menyebabkan filem ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia.

Namun begitu, melalui surat yang dihantar oleh LPF kepada pengedar filem, mereka mengatakan filem ini merupakan “propaganda dengan tujuan untuk meraih simpati”. Dilaporkan, LFP membenarkan filem ini ditayangkan dengan pemotongan adegan-adegan yang sensitif namun tak dipersetujui oleh pengarahnya Steven Spielberg. Larangan ini kemudiannya dihentikan 11 tahun kemudian dan DVD filem siap ditapis telah dikeluarkan.

2. Babe (1995)

Babe Op.jpg

Filem comel mengisahkan tentang seekor babi bernama Babe yang mahu menjadi anjing penjaga kambing. Selepas terpisah dari ibunya, Babe telah dijaga oleh petani Arthur Hoggett dan banyak belajar cara hidup haiwan ternakan dengan bantuan rakan-rakan haiwannya yang lain.

Walaupun filem ini berunsurkan komedi dan persahabatan, ia tidak lepas untuk ditayangkan di pawagam Malaysia ekoran babi ini dipamerkan sebagai watak yang positif. Bukan itu sahaja, jika diteruskan, takut tayangan ini menyinggung perasaan orang di Malaysia.

Selain itu, sebab lain filem ini tidak lulus untuk ditayangkan adalah kerana ejaan Babe hampir sama dengan perkataan babi. Hmm?

3. The Prince of Egypt (1998)

P22187 P V10 Ae

Filem Prince of Egypt ini mengisahkan tentang Moses yang dibesarkan oleh Firaun dan perjalanan hidupnya untuk membebaskan orang-orangnya dari menjadi hamba.

Macam yang korang tahu, dalam Islam, apa-apa bentuk visual yang menggambarkan Rasulullah atau mana-mana nabi adalah dilarang. Oleh itu, LPF telah mengambil keputusan untuk tidak meluluskan tayangan filem animasi ini di pawagam.

Menurut BBC, pengerusi LPF pada ketika itu mengatakan bahawa filem tersebut “tidak sensitif kepada agama dan moral” serta menegaskan LPF akan menyekat filem yang tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang ramai.

4. Zoolander (2001)

Filem Zoolander ini mengisahkan tentang Derek Zoolander seorang model lelaki yang telah dijadikan spy untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia melalui rancangan konspirasi rahsia.

Namun begitu, memang boleh faham kenapa LPF banned filem ini, Malaysia telah digambarkan sebagai negara yang mundur dan nampak seperti Thailand. Bukan itu sahaja, perdana menteri Malaysia dalam filem ini juga merupakan seorang Cina berkepala botak.

Patutnya penulis dia boleh at least buat research dulu sebelum tulis skrip. Teruk betullll

5. Bruce Almighty (2003)

Brucealmighty5

Mungkin korang semua pernah tengok filem lakonan Jim Carrey ini di mana dia telah mempersoalkan kerja tuhan yang dilakonkan oleh Morgan Freeman dan mengambil alih tugas tuhan sehingga dia sedar ia bukanlah perkara yang mudah.

Disebabkan majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam, filem ini telah diharamkan untuk ditayang di pawagam ekoran mengandungi visual menggambarkan sifat tuhan yang dilarang di dalam Islam.

6. Brokeback Mountain (2005)

56683F6E1600002900E55670

Sebelum “Lightyear” dan “Thor: Love and Thunder”, Malaysia pernah mengharamkan tayangan filem “Brokeback Mountain” yang mempamerkan adegan LGBT di antara dua koboi gay yang cuba untuk menjadi koboi maskulin melalui identiti mereka.

Filem kontroversi ini jelasnya tidak diluluskan kerana bercanggah dengan ajaran agama Islam. Bukan sahaja Malaysia, filem ini juga turut menjadi kontroversi di negara lain seperti China dan Arab Saudi yang tak mahu menayangkan filem ini di pawagam termasuk beberapa negeri di Amerika Syarikat.

7. Fifty Shades of Grey (2015)

F6N493 Pzi3Y8

Filem ini mengisahkan cara seks melampau di antara seorang jutawan dan pelajar kolej. Memang tak mustahil filem ini disekat dari ditayangkan di pawagam.

Pengerusi LPF Abdul Halim pada ketika itu telah menggambarkan filem ini sebagai filem “sadistik” dan “tak semulajadi” serta ia “lebih kepada pornografi daripada sebuah filem”. Beliau juga turut memberitahu babak yang paling tidak digemarinya adalah apabila Anastasia diikat di atas katil dan dirotan oleh Christian Grey.

Apa pendapat korang tentang filem-filem ni? Ada tak yang korang pernah tengok?

Sumber: FMT

 

Baca: Seram Sangat Ke? YouTube Banned Iklan Filem The Nun

Screenshot 2023 05 05 At 5.02.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.