in

Ini 5 Animasi Terkenal Yang Korang Tak Sangka Sebenarnya Buatan Malaysia, Cayalah!

Cats 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri animasi dekat Malaysia ni dilihat semakin maju dengan penghasilan banyak karya hebat seperti Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali. Sudah tentu, ia menjadi salah satu kebanggaan negara kerana produk tempatan juga popular sampai ke persada dunia tau!

Namun, ada juga animasi tempatan lain yang korang selalu salah sangka yang itu merupakan buatan luar negara. Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang lima animasi famous yang sebenarnya merupakan buatan dari Malaysia.


1. Supa Strikas

358607520 131520949974982 7920747227017542642 N

Mesti ramai yang tak percaya animasi pasal bola sepak yang popular ni sebenarnya ciptaan orang tempatan tau! Mana taknya, karakter-karakter yang ditampilkan pun kurang menunjukkan ciri-ciri Malaysia malah, orang lebih percaya jika kartun ni datang dari luar negara.

Tapi yang sebenarnya, ia merupakan keluaran studio tempatan iaitu Animasia Studio dan dihasilkan pada 2010 sebanyak tujuh musim.

Menariknya, animasi ni merupakan adaptasi sebuah komik dari Afrika Selatan dan mula dikenali di negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Latin. Tak cukup dengan tu, ia juga pernah ditayangkan dalam saluran kartun popular seperti Cartoon Network, Disney Channel dan Nickelodeon dalam pelbagai bahasa.

Artikel berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah, Animasi Luar Jepun Pertama Menangi Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

2. SeeFood

Y7

Sekali pandang, korang mesti ingat ni kartun dari Hollywood kan? Sebenarnya, ia juga merupakan animasi tempatan yang dihasilkan oleh studio dalam negara iaitu Silver Ant pada tahun 2012.

Ia bukanlah animasi bersiri sebaliknya merupakan sebuah movie yang mengisahkan tentang Julius, seekor ikan jerung yang ingin menyelamatkan kawannya di daratan. Dengan bantuan Octo si Sotong Kurita, Julius berjaya ‘berjalan’ atas darat namun dikejar pula dengan sekumpulan penyelam yang ingin menjadikannya sebagai hidangan istimewa.

Apa yang membanggakan, filem bergenre pengembaraan dan komedi serta penuh pengajaran ni turut ditayangkan di luar negara seperti di Amerika Syarikat.

3. Chuck Chicken

Seperti Supa Strikas, siri animasi pahlawan ayam ini juga dicipta oleh Animasia Studio. Ia menceritakan tentang kisah Chuck yang mampu bertukar menjadi ‘Kung Fu Chicken’ melalui azimat telur emas kepunyaannya yang digunakan bagi melindungi Pulau Rocky Perch daripada kuasa kejahatan.

Selain tu, siri ni juga mula ditayangkan pada 2010 di pelbagai negara sebanyak 52 episod dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Malaysia, Mandarin, Indonesia dan Thailand. Kalau korang nak tonton animasi ni, ianya juga terdapat dalam platform Netflix.

Artikel berkaitan: “Bangga gila!” – Netizen Teruja Tengok Reaksi Rakyat Jepun Puji Animasi Mechamato

4. Rimba Racer 

Z12 1

Sebenarnya, bidang animasi dekat Malaysia ni memang dah setaraf dunia tau! Buktinya, animasi 3D Rimba Racer yang korang salah anggap dari luar negara ni sebenarnya merupakan terbitan dari Glue Studios yang bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Uniknya, siri animasi lumba kereta berteknologi tinggi ni menampilkan haiwan kebangsaan Malaysia, harimau sebagai watak utama bernama Tag. Misinya adalah untuk menjadi pelumba kereta terkemuka dalam kejohanan Rimba Grand Prix di samping menentang pelumba lain yang cuba main kotor.

Kartun ini juga dibuat sebanyak dua musim di mana kedua-duanya berjumlah 13 episod. Bagi sesiapa yang nak tonton cerita ni, korang boleh pergi je dekat channel YouTube dorang.

5. Wheely: Gempak & Lawak

Hq720

Filem animasi ‘luar negara’ ni pula merupakan arahan Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh KRU Studios pada Ogos 2018. Ia dibintangi oleh suara selebriti tempatan yang terkenal seperti Zizan Razak, Johan dan Lisa Surihani.

Ia menceritakan tentang watak Wheely, sebuah kereta teksi yang ingin menyelamatkan kekasihnya, Bella yang merupakan supermodel kelas atasan dari penculikan sindiket global oleh Kaiser iaitu lori besar yang mempunyai 18 tayar.

Biarpun filem ni mengaut keuntungan tinggi dan ditayangkan di banyak negara, ramai pengkritik mengatakan yang filem ni telah meniru sebuah animasi terkenal terbitan Pixar Animation Studios iaitu Cars.

Sumber: YouTube, Wikipedia

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.