in

Ini 10 Negara Yang Ambil Paling Ramai Pelarian Tahun 2024 Menurut UNHCR

collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa dekad kebelakangan ini, bilangan pelarian telah pun berganda di mana pada tahun 2022, terdapat seramai 30 juta pelarian. Ramai yang menganggap kebanyakan pelarian akan melarikan diri ke Eropah atau Amerika Utara, namun begitu, mereka biasanya akan mencari perlindungan di negara jiran.

Selain itu, ramai juga salah membezakan di antara pelarian dan pendatang asing. Pelarian merupakan orang yang telah melarikan diri dari rumah mereka, merentasi sempadan dan tak boleh nak pulang semula kerana risau nyawa mereka berada dalam bahaya. Seseorang itu menjadi pelarian bila satu atau lebih dari keperluan hak asasi manusia mereka telah dilanggar atau diancam.


Jadi untuk artikel kali ini, jom kita tengok antara negara yang paling banyak mengambil pelarian menurut data yang dikeluarkan oleh UNHCR.

repatriation refugees burundi tanzania

10. Ethiopia

Ethiopia telah mengambil seramai lebih 867,000 pelarian. Kebanyakan dari mereka telah melarikan diri daripada konflik yang berlaku di Sudan Selatan, Somalia, Sudan dan Eritrea. Beberapa tahun kebelakangan ini, Covid-19 telah menyukarkan sokongan negara ini terhadap pelarian sekaligus telah menutup akses pendidikan dan berlaku kekurangan bekalan perubatan dan peralatan diagnostic untuk mereka.

Tak cukup dengan itu, negara ini juga masih belum pulih sepenuhnya dari krisis Horn of Africa di mana kemarau berpanjangan telah memberikan impak yang besar kepada pelarian dan Ethiopia sendiri.

9. Sudan

Sudan merupakan salah satu negara terbesar yang memberikan perlindungan kepada pelarian iaitu lebih 926,000 pelarian pada pertengahan 2023. Kebanyakan pelarian mereka adalah dari Sudan Selatan namun kebanyakan pelarian ini telah pun melarikan diri ekoran keganasan dan ketidakstabilan yang berterusan melanda negara ini.

8. Bangladesh

Seramai 961,000 pelarian yang tinggal di Bangladesh sekarang adalah pelarian tanpa negara, Rohingya yang mula mencari perlindungan secara besar-besaran pada tahun 2017.

Bangladesh juga turut dilanda dengan perubahan iklim yang teruk lebih-lebih lagi musim tengkujuh. Perkara ini membuatkan risiko makin meningkat buat pelarian di sana apabila rumah mereka sering musnah dilanda banjir atau kebakaran.

images 10

7. Poland

Poland telah menjadi salah sebuah negara yang mengambil kebanyakan pelarian pada 2022 akibat dari konflik yang berlaku di Ukraine. Seramai 989,000 pelarian kini berada di Poland dan terdapat juga beberapa ribu pelarian dari Rusia dan Belarus.

6. Rusia

Pada tahun 2022, Rusia telah menjadi salah sebuah negara yang mempunyai paling ramai pelarian di mana kini mereka menerima seramai 1.24 juta pelarian dan kebanyakannya dari negara jiran mereka, Ukraine.

5. Uganda

Pembuat undang-undang di Uganda telah mengubah polisi mereka beberapa kali bagi memberikan perlindungan yang selamat untuk pelarian yang makin bertambah iaitu dari 477,000 pada tahun 2015 kepada 1.5 juta pada tahun 2023. Seramai 882,000 dari pelarian ini berasal dari Selatan Sudan dan lebih dari setengah juta dari mereka adalah dari Republik Demokratik Congo.

4. Pakistan

Pakistan kini telah menjadi tuan rumah kepada lebih kurang 2.8 juta pelarian yang kebanyakannya adalah dari Afghanistan. Ramai di antara mereka yang telah pun tinggal di negara ini selama berdekad-dekad selepas melarikan diri dari Perang Soviet-Afghan.

Negara ini kemudiannya menerima peningkatan yang drastik pada tahun 2001 sehingga menyebabkan ramai pelarian tak mempunyai tempat tinggal yang elok selama bertahun-tahun.

shutterstock 766695004

3. Jerman

Beberapa tahun kebelakangan ini, Jerman telah menjadi salah satu negara yang menerima ramai pelarian dan satu-satunya negara berpendapatan tinggi dalam senarai ini. Pada awal 2022, Jerman telah menerima seramai 1.2 juta pelarian.

Kini pada tahun 2024, menurut data terbaru UNHCR, pelarian di sana telah pun mencecah seramai 2.5 juta. Ini termasuk lebih 1 juta orang dari Ukraine, hampir 693,000 dari Syria, 240,000 dari Afghanistan dan lebih 150,000 dari Iraq.

2. Turki

Lebih dari 3.36 juta pelarian kini berada di Turki dan majoriti dari mereka adalah rakyat Syria. Kebanyakan dari mereka tinggal bersama dengan komuniti berbanding khemah pelarian. Namun begitu, masih ramai di antara mereka yang hidup dalam keadaan cukup-cukup makan.

Selain itu, Turki juga turut menerima pelarian dari Iraq, Afghanistan dan Iran.

1. Iran

Iran kini mengalami peningkatan pelarian yang terbesar direkodkan pada tahun 2023. Bermula dari 840,000 pelarian kepada lebih 3.4 juta pelarian. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan pelarian dari negara jiran mereka, Afghanistan

Antara sebab Iran menjadi tumpuan adalah ekoran cara negara ini mengklasifikasikan pelarian dan usaha mereka untuk memberikan dokumen yang sah kepada pelarian. Sejak akhir tahun 2022, seramai 2.6 juta rakyat Afghanistan telah menjadi pelarian dengan dokumen sah disebabkan oleh langkah Iran ini.

Sumber: Concern Worldwide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.