Pernahkah anda terfikir, bagaimana agaknya tren atau kereta api seperti LRT atau KTM dibersihkan? Takkan lah tren-tren tersebut dibawa ke pusat cuci kereta atau carwash pulak kan sebab sudah tentu lah tak muat sebab pengangkutan awam ni bersaiz besar dan panjang.
Nampaknya tanda tanya dan persoalan anda itu terjawab apabila seorang individu ini yang dipercayai merupakan kakitangan KTM Berhad telah berkongsikan video di platform TikTok tentang di sebalik tabir bagaimana tren KTM dibersihkan.
@mikealphatango98 Train wash scs07
♬ original sound – H A F I Z F E I S A L ? – H A F I Z F E I S A L ?
Dalam video berdurasi selama 37 saat yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu yang dikenali sebagai mikealphatango98 itu, dapat dilihat tren KTM itu bergerak sambil melalui pusat cucian khas di mana bahagian luaran tren itu akan dicuci menggunakan semburan air.
Artikel Berkaitan: Zoo Negara Kongsi Cara Berus Gigi Badak Air, Ramai Netizen Terhibur!
Artikel Berkaitan: “Sejuk hati” – [VIDEO] Netizen Kagum Tengok Lelaki Solat Subuh Berjemaah Dalam KTM
Rata-rata warganet teruja melihat proses mencuci tren KTM itu kerana ramai yang menyangka bahawa sebelum ini, tren atau kereta api seumpamanya tidak perlu dicuci.
Oooo, macam tu rupanya tren komuter dicuci..
Sumber: TikTok @mikealphatango98