Kalau dah nak Ramadhan, mesti kita selalu cakap yang semua syaitan dah kena ‘ikat’ kan? Tapi, tak semua sebenarnya tau.
Seorang pereka fesyen terkenal iaitu Shanell Harun berkongsi kisah di Instagram miliknya pada 15 April lalu tentang ada seorang staf yang tiba-tiba dirasuk pada bulan Ramadhan ini.
Kejadian tersebut berlaku selepas mereka pulang dari berbuka puasa di Dapoq Schombi dan kemudian menunaikan solat sunat tarawikh di butik sebelum ingin menyambung kerja mereka.
Menurut Gempak, Shanell segera ke butik selepas dia dihubungi oleh staf yang berada di butik ketika itu tentang pembantunya yang tiba-tiba berperangai pelik sebab dia senyum dan gelak sorang-sorang. Memang seram weh!
“Nell terpaksa cancel beberapa appointment lepas buka puasa tadi akibat kejadian ini.”
Sampai di tempat kejadian, Shanell melihat staf dia sudah kejung. Pada mulanya dia ingat yang staf dia hypo sebab katanya dia pernah ada pengalaman jaga mak yang hypo juga. Tapi sangkaan dia silap.
Sampai kena panggil ustaz
Shanell terpaksa mendapatkan bantuan daripada ustaz apabila kakitangannya mula buat lebih banyak perangai pelik.
“Seram ye bila dia mula menyeringai dan gelak-gelak. Dalam hati Nell, ni dah bukan dia ni.”
Staf di butik tersebut terus berlari ke sekolah tahfiz untuk panggil ustaz yang kebetulan hanya di belakang butik itu sahaja. Rezeki mereka sebab ada sorang ustaz yang datang membantu selepas habis solat tarawikh pada malam itu.
“Bulan-bulan puasa pun ada makhluk Allah cuba mengganggu.”
Menerusi perkongsian Shanell itu, dia sendiri tergamam bila pertama kali tengok kejadian seperti itu di depan mata sendiri. Sebelum ini selalu tengok dalam TV je. Memang speechless!
Walau bagaimanapun, posting yang dibuat oleh Shanell di Instagram miliknya pada 15 April itu telah dipadam. Kenapa dia padam tu kita tak pasti la, wallahualam.
Walapun sekarang dalam bulan Ramadhan,korang jangan ingat semua dah kena ‘ikat’ ye. Rajin-rajin lah juga baca ayat pendinding untuk keselamatan diri.
Sumber: Gempak
Baca:”Tepuk sebanyak 7 kali”-Tular Video Wanita Dirasuk, Da’i Wan Kongsi Cara Halau ‘Jin’ Dari Badan