in

“Ingatkan orang lain” – Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terbaru Fathia Latiff

syaz ft 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fathia Latiff bukanlah nama asing dalam industri lakonan tanah air, namanya melonjak naik selepas drama bersiri Ariana Rose ditayangkan.

Pun begitu, baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai susulan penampilan terbarunya dalam sebuah acara sambutan raya yang dianjurkan oleh pasangan selebriti tempatan Rozita Che Wan serta Zain Saidin.


Dalam video yang tular itu, wajah Fathia dilihat sedikit berbeza dan ramai netizen yang berkata dia kelihatan jauh lebih berusia.

Artikel berkaitan: Dedah Sebab Dendam Dengan Aiman & Zahirah, Netizen Minta Orang Ramai Henti ‘Provoke’ Fathia Latiff

Artikel berkaitan: “Dia antara insan yang ingat & call saya…” – Safiey Illias Minta Netizen Stop Kacau Fathia Latiff

@rosixomar25

Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Malah, ada juga netizen yang berkata pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular itu kelihatan lebih berusia daripada Rozita Che Wan meskipun jarak umurnya yang ketara.

cats 4

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan oleh @rosixomar25 itu sudah pun mendapat lebih 400K tontonan serta lebih 600 komen.

Bagaimanapun, masih belum ada komen daripada tuan punya badan mengenai penampilan terbarunya itu.

Maybe tak pakai make up kot…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.