in

“Ingatkan free gift” – Peniaga Geleng Kepala Sebab ‘Customer’ Ingat Kena Bayar RM50 Je Untuk ‘Bouquet’ RM1000

bunga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjalankan perniagaan ini bukan semudah yang disangka. Pelbagai cabaran dan rintangan yang kita perlu hadap lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pelanggan kerana tidak semua pelanggan mempunyai ragam yang sama.

Inilah apa yang berlaku kepada seorang peniaga olahan bunga yang berdepan dengan seorang customer yang boleh digambarkan pelik dan membuatkannya terhibur hati seketika.


Dia telah berkongsi di laman Facebook mengenai gelagat pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan bunga yang berkonsepkan duit.

https://www.facebook.com/cyunk.amiera.9/posts/pfbid0AD2PYPLgffb24r4nZz3UXZxQ4Ue4WePjd1L8M3Jj1cMTLdRH2uFWKwoqA18Yhnj1l

Customer ingat RM50, rupanya RM1000!

Pada awalnya, peniaga tersebut telah menerima mesej daripada seorang pelanggan berminat untuk membuat tempahan untuk bouquet yang telah dikongsi di laman status WhatsAppnya.

Di dalam gambar bunga tersebut memaparkan lebih kurang beberapa keping wang RM50 yang membuatkan pelanggan tersebut tertarik.

Apabila dia memberi sebut harga bunga yang berada di gambar tersebut, terus pelanggan tersebut cuba untuk menafikan semula harga bouquet itu.

“RM50 or RM1,000?” -customer

295721145 5413366308723303 3142009902352285731 n

Ingatkan RM1,000 tu free gift ke?

Bincang punya bincang akhirnya pelanggan menarik diri untuk beli selepas sahaja dia memberitahu harga sebenar bouquet duit tersebut.

Dikatakan sebab apa dia cancel tempahan tersebut hanya kerana pelanggan tersebut ingat bouquet di dalam gambar tersebut adalah berharga RM50. Terus tepuk dahi peniaga tu!

“Awak ingat free gift ke RM1,000 tu dik?”

“RM1000 tu hak awak dalam bunga tu bukannya bunga ni berharga RM1000. Saya ambil RM50 je” 

Peniaga juga telah menerangkan bahawa dia sudah meletakkan caption iaitu bouquet tersebut berharga RM50 dan tidak termasuk duit pelanggan.

“Lain kali letak jutaria” 

Postingan tersebut mendapat perhatian ramai netizen di Facebook dengan 1,000 sukaan yang rata-rata mereka sangat terhibur dengan situasi itu. Siap ada yang bagi cadangan letak jutaria dalam bunga tu!

Screenshot 2022 07 27 at 2.35.14 PM

Screenshot 2022 07 27 at 2.35.47 PM

Screenshot 2022 07 27 at 2.36.15 PM

Bagi min, kita layankan sahaja perangai customer begini. Mana tahu diaorang ini jugalah mampu bantu kita dalam mengembangkan perniagaan? Apa pandangan korang pula?

Baca: [VIDEO] Peniaga Didakwa ‘Ketuk’ Pelanggan, Kena Beli Barang RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak

Screenshot 2022 07 27 at 2.40.56 PM

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.