Baru-baru ini, viral di media sosial seorang wanita mendedahkan keengganan bekas suami membayar nafkah anak selepas bercerai hanya kerana gajinya lebih besar.
Tapi biasalah, masyarakat kita ni kan memang prihatin dan terus bagi opinion tanpa berfikir panjang atau bahasa mudahnya sekarang kita gelar “membawang”.
Susulan itu, seorang pengguna mendedahkan keadaan sebenar kepayahan ibu tunggal untuk menuntut hak nafkah anak di mahkamah.
Lelaki tak simpati pada wanita bergelar ibu tunggal
Menerusi posting di Twitter, pengguna ni dakwa kebanyakan peguam syarie di Malaysia adalah lelaki dan mereka selalunya tak bersimpati terhadap wanita yang bergelar ibu tunggal.
Kenyataannya dibuat selepas ada netizen tuduh perempuan sengaja cari perhatian viral isu rumahtangga instead of naik mahkamah untuk buat tuntutan nafkah.
Betul juga tu, bukan mudah nak selesaikan kes penceraian sebab ia ambil masa yang sangat lama.
Kira bertuahlah kalau dapat jumpa peguam lelaki yang simpati dengan nasib ibu tunggal ni.
Lelaki senang je lepas tangan, padahal sama-sama buat anak ni
Dia juga pertikai yang lelaki senang je lepas tangan bila jadi macam ni.
Tapi yang perempuan pula yang kena berkorban menjaga anak, tanggung perbelanjaan harian dan kos menuntut nafkah di mahkamah.
Sedangkan waktu berkahwin, kan sama-sama buat anak!
Kalau bernasib baik seperti dalam sesetengah kes, ada wanita dapat pampasan daripada bekas suami termasuk kos penjagaan anak tapi kalau kat Malaysia rasanya macam tak ada pula.
Inilah realiti sebenar
Bukan senang nak menjadi seorang ibu tunggal kalau kita ni cuma tahu tuduh dan tunding jari je pada diorang.
Nak minta bekas suami bayar nafkah anak lepas bercerai satu hal, nak menghadap kecaman orang luar pula lagi.
Kalau ada yang dapat tuntut pun, mungkin jarang-jarang sekali juga kita dengar.
Tuntutan nafkah bergantung pada kemampuan kewangan ayah
Wanita ni turut mendedahkan sebenarnya tuntutan nafkah bergantung kepada kemampuan kewangan si ayah.
Jadi, ramailah yang konon-konon kata tak mampu nak bayar jumlah dituntut. Cis!
Jadi, janganlah kita sesuka hati nak judge orang hanya sebab kita tak kena.
Cuba kalau kita letakkan diri kita dalam situasi ibu-ibu tunggal ni. Kan lebih mudah kita bersimpati dan faham dengan keadaan diorang.
Ada dapat tuntut nafkah, ada yang tak
Walaupun ibu-ibu tunggal ni beria fight di mahkamah syariah, tapi ada juga yang tak berjaya menuntut nafkah anak.
Bayangkan, ambil masa bertahun-tahun untuk selesaikan kes tapi kesudahannya tak dapat apa.
Cuma sebab si ayah tak nak bayar!
Sedihnya kalau jadi macam ni kan?
Sebaik-baiknya, kalau ada yang kita kenal jadi macam ni apa kata kita hulurkan tangan untuk bagi sumbangan atau moral support.
Sekurang-kurangnya tak adalah si ibu rasa terbeban sangat. Cukup-cukuplah gangguan emosi yang diorang ada.