Pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam yang lebih dikenali dengan channel Youtube mereka Duriankimchi sering dilanda kontroversi sejak akhir-akhir ini.
Terbaru, Ryzal telah memuat naik video sambutan hari lahir isterinya yang ke-29 tahun dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel kerana sudi memberi kek.
Ketika Maryam sedang bercakap dalam bahasa Korea mengatakan dia mahu hidungnya dicalit kek, Ryzal telah menolak kek yang dipegang oleh isterinya itu ke mukanya.
https://www.instagram.com/p/CaKtMcppocc/
Ekoran perkongsiannya ini, di ruangan komen ramai netizen telah menegur gurauan kasar yang dibuat oleh Ryzal ini. Lebih-lebih lagi bila melihat masih ada lilin di atas kek tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa risau mereka sekiranya lilin tersebut tercucuk mata Maryam dan ada juga yang tak setuju dengan makanan yang dibazirkan seperti ini.
Tapi kalau korang tengok gambar-gambar yang diambil lepas Ryzal buat macam ni, nampak Maryam macam redha je.
https://www.instagram.com/p/CaKL2w2hgb_/
Malah menerusi Instagram Maryam, wanita ini turut katakan yang dia nak marah tapi tak jadi sebab kek tu sedap sangat.
Dah, kalau Maryam pun ok, siapalah kita nak judge hubungan dorang kan? Apa-apa pun, selamat hari lahir Maryam!