in

“Ingat kami ni ayam ke bagi beras macam tu?” – Penginap Hina Makanan Percuma Disediakan Owner Homestay

Penginap Homestay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik homestay meluahkan rasa kesal di media sosial selepas menerima penginap yang tidak bersyukur dengan fasiliti yang disediakan mereka.

Menerusi perkongsian tular oleh Memory Homestay Durian Tunggal, pemilik kecewa kerana perkhidmatan tambahan yang mereka berikan secara percuma telah dituduh barang murahan.


“Bismillah.. Baru ada kekuatan nak up di sini. Salah ke jika saya hanya mampu sediakan beras jasmine jalal import & telur gred B lotus untuk guests? Saya ikhlas. Ini bukan content. Ini betul betul. Owner homestay yang sedih,” tulis tuan rumah.

411315694 962125595267505 1131356909255667175 N

Menerusi hantaran tangkap layar perbualan WhatsApp, penginap meluahkan rasa tidak puas hati dengan bahan makanan percuma yang disediakan oleh tuan rumah seperti beras, telur dan roti.

Kata pengadu, barangan yang ada bukan sahaja tidak cukup, malah mereka tidak selera dengan jenis beras yang disediakan.

“Homestay awak guna beras apa ni? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ni. Telur gred C ke D ni? Kami ramai, telur 12 biji je ke?”

“Harga homestay macam hotel beras bagi beras biasa je ke?”

410695043 962126525267412 5689946611760643883 N410951941 962126578600740 4150560393873632891 N

Difahamkan, penginap cuma dikenakan RM250 semalaman dengan 4 bilik berhawa dingin iaitu harga yang dianggap sangat munasabah.

Bagaimanapun, penginap masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan dengan mendakwa sepatutnya pemilik menyediakan beras wangi atau beras basmathi setimpal dengan harga homestay yang dikenakan.

“Ingat kami ni ayam ke nak bagi makan beras macam tu? Sudahlah kicap sos pun cap Jalen je. Dah macam duduk homestay bajet. Rumah cantik dah tapi beras, telur entah apa-apa kau bagi orang makan,” katanya.

410956822 962126555267409 3533353701851306518 N 410951941 962126578600740 4150560393873632891 N 1

Meskipun dilayan dengan kurang sopan, pemilik homestay berkenaan tetap melayani dengan sabar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa berang dengan penginap terbabit yang tidak reti bersyukur.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan pemilik dimurahkan rezeki di atas kemurahan hati dan kebaikan yang dibuat.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.