in

Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal

ft influencer hilang dalam hutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang personaliti yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu.

Khabar itu disahkan oleh rakannya yang juga pempengaruh Ammar Nazhan yang mengetuai aktiviti tersebut. Katanya, dia menyedari kehilangan Eyka atau nama sebenarnya Nur Syafiqah pada jam 2 pagi ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.


Artikel berkaitan : “The real influencer!” – Kolaborasi Khairul Aming & Sofyank Curi Tumpuan, Cerita Keadaan Terkini Di Palestin

Artikel berkaitan : Ahli Paranormal Kongsi Perkara Mistik Berlaku Ketika Masuk Rumah Penari Istana, Waris Sendiri Pun Tak Berani!

Screenshot 2025 02 05 163102

“Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.”

“Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.”

“Hanya dia seorang sahaja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu.”

Screenshot 2025 02 05 163026

Menurut Ammar lagi, laporan polis telah dibuat selepas 48 jam kerana waktu tersebut yang telah ditetapkan pihak berkuasa di negara itu. Katanya, ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan.

“Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.”

“Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera. Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi.”

Screenshot 2025 02 05 163044

Ammar juga telah maklumkan hal ini kepada keluarga Eyka di Malaysia dan ada nasihat mereka untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru buat masa ini.

“Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga Eyka dan saya minta agar keluarga tak perlu bimbang kerana segala di sini akan saya uruskan sehingga Eyka ditemui.”

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kehilangan Eyka selepas Ammar berkongsi perkara itu di platform TikTok miliknya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.